• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Pembalakan Tak Terkawal Antara Punca Banjir Besar

oleh Ahmad Albab
22/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak pembukaan tanah pertanian dan aktiviti pembalakan tidak terkawal antara punca kejadian banjir besar melanda Kelantan akhir Disember lepas.

Beliau berkata kesan daripada kegiatan itu juga menjadi penyebab beberapa sungai utama khususnya Sungai Belatop di Lojing menjadi cetek dan mudah melimpahi tebing apabila hujan lebat pada musim tengkujuh.

“Saya tidak menolak kemungkinan banjir besar baru-baru ini berpunca daripada kegiatan berkenaan dan penduduk di kawasan rendah yang mudah dinaiki air di Hulu Kelantan perlu bersiap sedia menjelang musim tengkujuh akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi 2 di sini, hari ini.

Selain itu, Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata penduduk Orang Asli di beberapa kampung sekitar Pos Brooke dan Lojing sebelum ini pernah menyuarakan kebimbangan mereka berhubung pembukaan tanah tidak terkawal itu.

“Suara mereka menjadi kenyataan dalam kejadian banjir besar baru-baru ini dan kita tidak menduga sama sekali kejadian berkenaan berlaku dengan begitu cepat sekali,” katanya.

Katanya, pihak berwajib sepatutnya membuat pemantauan rapi supaya setiap aktiviti pembukaan tanah dan pembalakan dilakukan mengikut cara terbaik. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd