• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pasangan Disyaki Berkesedudukan Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
19/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tiga pasangan yang disyaki bersekedudukan dan seorang lelaki menyamar sebagai penjawat awam antara yang ditahan dalam Ops Bersepadu Tahun Baharu Cina, di sini awal hari ini.

Pegawai Turus Operasi Darat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti,Ibu pejabat Polis Kontinjen Terengganu DSP Baharudin Abdullah berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan di beberapa hotel bajet dan sekatan jalan raya di sekitar bandar raya ini.

Katanya operasi yang bermula pukul 10 malam hingga pukul 2 pagi itu adalah sebagai usaha pencegahan bagi mengurangkan kadar jenayah di negeri ini.

“Selain itu kita juga mensasarkan untuk membasmi kegiatan samseng jalanan, pendatang asing tanpa izin (PATI) serta kegiatan maksiat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas tamat operasi tersebut di sini hari ini.

Katanya dalam sekatan jalan raya di Kampung Pengadang Baru, pihaknya telah menahan seorang lelaki berumur sekitar 20-an kerana menyamar sebagai penjawat awam kononnya bagi mengelakkan diri daripada ditahan anggota polis.

Katanya dalam operasi selama lima jam itu, sebanyak 42 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya dan sebanyak 92 buah kenderaan telah diperiksa.

Beliau berkata 44 individu berumur antara 20-an hingga 40-an termasuk pondan telah diperiksa.

Baharudin berkata Ops Bersepadu itu melibatkan 137 pegawai dan anggota dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Polis, Imigresen dan anggota Rela.

Jelasnya operasi dan kerjasama ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan indeks jenayah di negeri ini dikurangkan. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd