• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

27 Maut, Bom Diletup Di Stesen Bas Nigeria

oleh Ahmad Albab
25/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANO, Nigeria – Dua letupan bom menggegar stesen bas di utara Nigeria menyebabkan sekurang-kurangnya 27 orang maut ketika keganasan terus berleluasa kurang lima minggu menjelang pilihan raya umum.

Letupan pertama mengakibatkan 17 orang mati di stesen di pinggir Potiskum, timur laut wilayah Yobe yang dilaporkan menjadi sasaran kumpulan militan Boko Haram.

Selang beberapa jam kemudian, dua lelaki meletupkan diri mereka selepas keluar dari sebuah bas di terminal yang sibuk di Kano, bandar terbesar di utara dan satu lagi sasaran kumpulan berkenaan. Seramai 10 orang terkorban.

Presiden Goodluck Jonathan berkata, pihak tentera berjanji melumpuhkan pergerakan kumpulan militan itu.

“Presiden memberi jaminan kepada seluruh rakyat Nigeria dan penduduk di wilayah timur laut terutamanya, bahawa hari untuk berkabung bagi mangsa serangan pengganas di negara ini akan berakhir dan keadaan semakin sukar di pihak Boko Haram,” kata kenyataan pejabat presiden.

Kumpulan militan Nigeria itu didakwa bertanggungjawab terhadap 13,000 kematian sejak 2009 dan dalam tempoh beberapa minggu ini sedang meningkatkan pengaruh mereka di negara jiran sekali gus menimbulkan kebimbangan berlaku krisis serantau. – AFP

Tags: letupan bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

02/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan bom yang mencederakan lapan orang di sebuah kafe di hab teknologi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd