• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

251 Saman Dikeluarkan Dalam Ops Bersepadu JPJ Di Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
15/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Sejumlah 251 saman telah dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang sempena perayaan Tahun Baharu Cina dalam tempoh tiga hari sejak Khamis lepas.

Pengarah JPJ negeri Datuk Hassan Yaacob berkata operasi yang turut melibatkan Polis Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar itu telah memeriksa 331 kenderaan termasuk 111 bas ekspres.

“Daripada jumlah itu sebanyak 89 kenderaan diambil tindakan termasuk 31 kes membabitkan bas ekspres dalam pemeriksaan di Terminal Bas Sungai Nibong dan Butterworth.

Antara kesalahan dikesan ialah tiada pemandu kedua, tayar haus, cermin retak dan seorang pemandu di Butterworth dikesan positif dadah jenis syabu,” katanya kepada pemberita ketika meninjau operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang di sini malam tadi.

Beliau berkata tiga motosikal turut disita kerana cukai jalan tamat tempoh selain 10 lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an dan 30-an didapati positif dadah dalam operasi setakat pukul 12 tengah malam tadi.

Hassan berkata sebanyak 57 kes turut dikesan menerusi penyamaran oleh anggotanya bagi merakam bukti bergambar pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang dan operasi itu akan diteruskan di seluruh Pulau Pinang sehingga 27 Feb ini.

Beliau berkata antara kesalahan lazim yang dilakukan ialah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat dan tidak memakai topi keledar.

Katanya notis siasatan akan dikeluarkan kepada pemilik berdaftar kenderaan terlibat sebelum saman dikeluarkan dengan kadar maksimum RM300 bagi setiap kesalahan.

Hassan turut mengingatkan pemandu kenderaan berat kategori pertama seperti lori balak dan lori pembawa kenderaan melebihi 5,000 kg supaya tidak menggunakan jalan raya pada 17, 18, 21 dan 22 Feb ini atau tindakan penguatkuasaan akan diambil.

Beliau berkata lori kontena atau kargo yang membawa barang-barang elektronik dan elektrik bagaimanapun dibenar beroperasi daripada pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam dalam tempoh berkenaan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=T4IoRbezN9c

Tags: JPJsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd