PENYANYI Zamani, bekas vokalis kumpulan Slam telah dibebaskan dari tahanan polis semalam.
Hari ini, Mstar Online melaporkan dia meminta maaf kepada seorang jurugambar kerana dia meninggikan suara ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya Rabu lepas.
Zamani atau nama penuhnya, Zamani Ibrahim berkata tindakan itu dilakukan tanpa sengaja sewaktu dia berada dalam keadaan tertekan.
“Saya minta maaf pada jurugambar yang secara tidak sengaja dan tidak sedar saya telah meninggikan suara padanya.
MENARIK – Zamani Akui Tak Dipaksa Nyanyi, Tak Ingin Polis Dibuang Kerja
“Ketika itu saya dalam keadaan khayal, badan pula sakit-sakit dan tangan bergari. Saya juga berada dalam keadaan tertekan kerana risaukan kakak yang sakit,” katanya di pejabat peguamnya Ahmad Zaharil Muhaiyar di Villa Damansara, hari ini.
Zamani sebelum ini ditahan bersama seorang wanita di sebuah rumah di Taman Keramat pada pukul 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang.
Air kencing penyanyi yang popular sekitar tahun 90-an itu didapati positif dadah jenis Morfin manakala wanita bersamanya positif dadah jenis Amphetamine.
Mengulas mengenai status Facebook komposer, Saari Amri pula, Zamani enggan memberikan komen lanjut yang mana status itu turut mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai mengetahui kenapa Zamani mengambil dadah.
“Orang yang berhak mengulas perkara ini ialah Saari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan demikian.
“Apa yang berlaku pada diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) dan ia adalah ketentuan takdir qada dan qadar yang terpaksa saya terima,” katanya.
Zamani juga pada awalnya menyangka masyarakat akan marah dan benci kepada dirinya selepas kesnya tertangkap terdedah kepada umum tapi dia tidak sangka banyak pihak yang menyokongnya ketika ini.
“Saya sangka selepas ditangkap masyarakat akan marah dan benci pada saya kerana kesilapan ini sangat berat dan sukar dimaafkan.
“Namun saya tidak sangka ramai yang memberi mesej sokongan dan mengharapkan saya berubah sehingga membuatkan saya terharu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Zamani Menyanyi Gerimis Mengundang Live In Singapore
http://youtu.be/YESXpwPz4xE