• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zamani Akui Tak Dipaksa Nyanyi, Tak Ingin Polis Dibuang Kerja

oleh AK-47
25/01/2015
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIL bertemu media buat kali pertama selepas dibebaskan pada pagi Sabtu, Zamani mengakui bahawa tiada unsur paksaan ketika anggota polis merakam video dia menyanyikan lagu Gerimis Mengundang sewaktu dalam tahanan.

Malah vokalis kumpulan Slam itu memberitahu dia menyanyi dengan kerelaan hati ekoran anggota polis berkenaan memaklumkan mereka adalah peminat Slam.

“Saya tidak dipaksa atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam.

“Dia menyanyi beberapa lagu Slam di hadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal sahaja,” ujar Zamani, seperti dilaporkan mStar Online.

Penyanyi berusia 44 tahun itu juga mengakui tidak memeriksa video yang dirakam dan berasa agak malu apabila mengetahui keadaannya ketika itu menjadi tontonan masyarakat umum.

zamaniApa pun alasannya, kenyataan Zamani ini amat menyentuh hati kami kerana dapat dilihat dia jenis yang berjiwa lembut dan tidak suka menyimpan dendam hingga tidak tergamak menyalahkan sesiapa apabila rakaman tersebut terlepas ke pengetahuan umum.

Hal ini kerana dia tidak ingin anggota polis yang terbabit mendapat susah termasuk hilang pekerjaan jika isu videonya terus dipanjangkan.

“Perkara sudah berlaku dan dia tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya.

“Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang,” jelas Zamani apabila ditanya tentang tindakan undang-undang yang mungkin diambil oleh pihaknya.

Zamani sebelum ini ditahan reman sejak Rabu lalu kerana dikaitkan dengan kes penyalahgunaan dadah, dibebaskan dengan jaminan polis jam 9.45 pagi tadi di Balai Polis Hulu Klang.

Difahamkan, dua anggota polis yang dikenalpasti merakam dan meyebarkan video Zamani menyanyi dalam keadaan tangan bergari dalam tahanan telah pun digantung tugas berkuatkuasa serta merta. -MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=bCAxQS44g_0

https://www.youtube.com/watch?v=2_rxKDm0jJ8

Tags: dadahslamvideo viralzamani
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd