Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Disebabkan Hobinya, Gadis Ini...

Kathryn DiMaria, gadis yang baru berusia 14 tahun ini tidak seperti rakan-rakan sebayanya...

PRU15: Rundingan Pembentukan Kerajaan...

KUALA LUMPUR : Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mencipta sejarah buat negara...

Tiada Sebab Kerajaan Laksana...

KUALA LUMPUR - Tiada sebab kerajaan mahu kembali melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan...

Guan Eng Saman Fitnah...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap blogger...

Zaiton Othman Dilantik Pesuruhjaya Sukan Yang Baharu

MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengumumkan ikon olahraga negara Datuk Zaiton Othman dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan yang baharu berkuatkuasa 1 Februari depan.

Zaiton ketika ini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Organisasi dan Hal Ehwal Atlet Majlis Sukan Negara (MSM).

“Beliau bakal menggantikan Ahmad Shapawi Ismail yang telah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Sukan mulai Jun 2013 sehingga Disember 2014 sebelum beralih tugas menjadi Ketua Pengarah MSN,” kata Khairy dalam satu kenyataan media pada Selasa.

MENARIK –  FitMalaysia Jenama Negara Sukan – Khairy

StatementKJ

Beliau berkata, dengan lantikan itu Zaiton, 55, merupakan wanita dan bekas atlet pertama menyandang jawatan Pesuruhjaya Sukan.

Zaiton berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang merupakan atlet terkenal dalam acara heptathlon dan larian pecut 400 meter.

“Beliau masih lagi memegang rekod kebangsaan dalam acara heptathlon yang dicapai pada Sukan SEA Manila 1981.

“Semasa Sukan SEA ini juga beliau telah memenangi tiga pingat emas dan mencipta rekod terbaik Asia dalam acara larian berganti-ganti 4x400m,” kata Khairy.


Selain itu, Zaiton pernah dianugerahkan Atlet Wanita Kebangsaan 1992.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda (Bachelors) dalam Physical Education daripada Universiti Pertanian Malaysia dan Ijazah Sarjana (Masters) dalam Applied Sports Psychology daripada San Diego State University, California.

Zaiton, yang juga pernah menjadi guru, memulakan perkhidmatan di MSN sebagai pegawai sukan pada September 1989.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Psikologi Sukan di Institut Sukan Negara dari tahun 1992 hingga 2000 sebelum kembali ke MSN. -MYNEWSHUB.CC

Zaman Kegemilangan Datuk Zaiton Othman

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori