• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujudkan Pelan Tindakan Awam Tangani Penyakit Banjir

oleh Ahmad Albab
06/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud meminta kerajaan mewujudkan pelan tindakan awam untuk menangani wabak penyakit pasca banjir.

Beliau mendakwa, langkah itu sangat penting kerana mangsa banjir berhadapan risiko menghadapi penyakit termasuk E.coli seperti dialami oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya berharap Perdana Menteri segera sembuh. Kebimbangan kita sekarang harus kepada mangsa-mangsa banjir. Mangsa telah kembali ke rumah tetapi terdapat keperluan segera untuk mencegah wabak penyakit.

“Jika Perdana Menteri boleh dijangkiti selepas melawat kawasan banjir, bagaimana pula dengan mangsa-mangsa banjir yang lebih berisiko,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dyana Sofya mendakwa sudah pasti ribuan mangsa banjir termasuk kanak-kanak kini terdedah kepada air banjir yang tercemar dan sukar mendapat makanan yang baik.

Justeru, katanya, kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan satu pelan yang telus dan inklusif termasuk bagaimana untuk membantu rakyat yang terjejas. – mynewshub.cc

Tags: BanjirDyana Sofya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd