• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Utamakan Mangsa yang Hilang Tempat Berteduh – MERCY

oleh Ahmad Albab
05/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mereka yang kehilangan rumah dan keseluruhan harta benda akibat dilanda banjir perlu mendapat keutamaan dalam pemberian bantuan pasca banjir.

Menegaskan demikian, Pengarah Serantau Persatuan Bantuan Perubatan (Mercy) Malaysia, Norazam Abu Samah berkata golongan ini perlu diberi keutamaan kerana keadaan mereka yang mendesak dan sudah hilang tempat berteduh untuk meneruskan hidup.

“Mangsa banjir di kawasan yang terjejas teruk perlu diberikan keutamaan bantuan keperluan merangkumi makanan berkhasiat berbanding hanya keperluan asas makanan ketika ini.

“Antara bantuan keperluan kehidupan lain yang sangat mereka perlukan ketika ini ialah pakaian, dapur, pinggan mangkuk, cerek, kuali, tilam, tikar, lampu dan bekas menyimpan air,” katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata bantuan sukarelawan membersihkan rumah yang ditenggelami air juga harus diberi perhatian namun keadaan mereka tidak terlalu mendesak berbanding mangsa yang memerlukan bantuan meneruskan kehidupan.

“Kita (sukarelawan) kena turun ke lapangan duduk dengan mangsa dan lihat apa yang paling mereka perlukan, tak boleh hanya beri bantuan secara ‘one-off’ sahaja kerana skala (magnitud) banjir kali ini sangat besar dan luar biasa,” katanya.

Beliau berkata, dalam usaha membantu memudahkan mangsa mencuci rumah mereka, Mercy setakat ini telah menyerahkan 160 set kit cucian yang mengandungi penyodok besi, baldi, sarung tangan, berus pencuci, penyapu dan alatan cuci lain kepada penduduk di Kampung Tualang, Kuala Krai – antara kawasan yang terjejas teruk.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Marimuthu Nadason pula menegaskan bantuan kewangan sangat penting dalam situasi pasca banjir supaya mangsa dapat membeli segala keperluan yang diperlukan mengikut keutamaan.

Katanya, syarikat swasta juga digalak menubuhkan pasukan khas masing-masing yang akan menyumbangkan tenaga kerja sukarela untuk membantu membersihkan rumah mangsa dan kawasan awam.

Dalam pada itu, seorang sukarelawan yang menghantar bantuan ke Kelantan, Zifridin Zakaria, 47, berkata apa yang dilihatnya mangsa banjir ini memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Beliau yang baru pulang dari misi menghantar bantuan makanan dan keperluan kepada penduduk di daerah Dabong, Kelantan berkata antara masalah utama yang timbul di kalangan mangsa banjir ialah sampah, lumpur, dan ranting pokok yang bersepah di kawasan rumah mereka. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=L24WYEdLXn8

Tags: mangsa banjirMERCY
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd