• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMP Cadang Kontena Terpakai Untuk Kediaman Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
16/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kontena terpakai dilihat sesuai dijadikan sebagai kediaman bagi mangsa banjir kerana kosnya lebih murah dan masa membinanya lebih singkat.

Idea itu dicetuskan penyelidik daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang mengatakan penggunaan kontena lebih tahan lama berbanding kabin seperti yang dicadangkan sesetengah pihak.

Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli UMP, Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus berkata kontena yang dibangunkan dengan teknologi ‘Modular Craft’ itu menggunakan dua elemen penting iaitu kontena terpakai dan cat khas yang mampu mengurangkan haba yang dinamakan ‘Primer x’.

“Kontena yang dibangunkan dengan kerjasama penyelidik UMP serta Portland Group of Companies dilihat sebagai penyelesaian terbaik untuk kerajaan bagi membina kediaman untuk mangsa banjir.

“Pembinaannya berkonsepkan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan amat teguh untuk dijadikan sebagai kediaman, mahupun bangunan yang telah musnah dalam banjir baru-baru ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Rosli berkata penggunaan kontena terpakai tidak memerlukan cerucuk dan kerajaan tidak perlu membina penempatan sementara kerana ia boleh dijadikan rumah kekal selain boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain.

Selain itu, katanya ia hanya mengambil masa selama enam minggu untuk membina empat unit rumah dengan kos setiap satu RM65,000 dan kosnya akan semakin murah sekiranya dibina dalam kuantiti yang banyak.

“Kita boleh bina dengan cepat sesuai dengan keperluan mendesak mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal. Kontena ini mempunyai keluasan 65 meter persegi yang mengandungi tiga bilik tidur, dua bilik air selain terdapat ruang tamu, dapur, tempat khas jemuran dan tangki air.

“Keluasan rumah ini juga boleh digandakan sehingga 130 meter persegi dengan menjadikannya dua tingkat apabila pemiliknya sudah mampu berbuat demikian nanti,” katanya.

Rosli berkata untuk lebih menjimatkan kos, kerajaan juga mempunyai pilihan kedua dengan membina rumah kontena yang berkeluasan 29.7 meter persegi dan hanya menelan kos RM31,190, namun, ia tidak mempunyai sebarang bilik atau ruang khas.

Rosli berkata teknologi ini masih baharu di Malaysia, namun, di luar negara seperti di London, telah mempunyai kompleks membeli-belah yang dibina menggunakan kontena sementara.

Di Netherlands pula katanya, kontena dijadikan asrama yang mampu memuatkan lebih 2,000 pelajar dalam satu masa, manakala di Amerika Syarikat, ia digunakan sebagai kediaman sementara mangsa ribut Katrina di New Orleans pada tahun 2012.

“Malah, UMP sendiri turut mempunyai sebuah bangunan tiga tingkat yang mempunyai 72 bilik yang dijadikan sebagai bilik pensyarah universiti itu dengan menggunakan teknologi sama.

“Kompleks siswa niaga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Batu Enam, di sini juga sedang dibina menggunakan teknologi Modular Craft,” katanya.

Beliau berkata pihak penyelidik UMP kini sedang mengkaji untuk menghasilkan satu teknologi baharu bagi membolehkan rumah daripada Modular Craft ini tidak terjejas apabila banjir berlaku. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirUMP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd