Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

FAQ Sektor Peruncitan ‘Perintah...

1. Adakah operasi pusat pengedaran dibenarkan beroperasi seperti biasa?Operasi pusat pengedaran yang membabitkan...

Duke Tawar Diskaun Tol...

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) akan menikmati diskaun tol 10...

“Kami Perlu Subsidi, Bukan...

AMPANG - Persatuan mewakili pekebun kecil seluruh Malaysia menggesa Kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

Bicara Kes Saman Fitnah...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri...

Tuntutan RM1,500 Sebulan Tak Melampau – Rita Rudaini

AKTRES popular, Rita Rudaini Mokhtar, 39, menolak saranan dikemukakan peguam bekas suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak bahawa tuntutan RM1,500 sebulan adalah melampau.

Tuntutan tersebut dibuat Rita terhadap Aidil bagi menanggung keperluan makan dan minum kedua-dua putera hasil perkongsian hidup mereka dahulu.

Ujar Rita kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, jumlah yang diminta itu merangkumi perbelanjaan keperluan dapur.

[BACA INI JUGA: Aidil Zafuan Buka Mulut Terhadap Tuduhan Rita Rudaini]

rita_rudaini

Memetik kenyataannya dalam akhbar Sinar Harian, “Sekiranya tidak bekerja, saya akan masak dan makan di rumah.”

Menurutnya lagi, dia memperuntukkan RM50 untuk perbelanjaan makan dan minum sehari.

“Setiap hari saya makan empat kali sehari,” katanya.

Namun demikian, pelakon filem Mistik dan Mami Jarum itu bersetuju, dia gagal menunjukkan sebarang dokumen bagi menyokong perbelanjaan hariannya itu.

Selain itu, ibu kepada Airit Rayyan Rizqi, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, menuntuk bayaran bil utiliti sebanyak RM600 sebulan.


“Ia adalah berdasarkan bil semasa dan sekiranya lebih, saya tambah menggunakan duit sendiri.”

Dalam prosiding sama, Rita memberitahu mahkamah bahawa bekas suaminya menggunakan kereta Mercedes GLC 350.

“Selepas dia keluar dari rumah, saya tidak tahu status kereta itu dan saya juga tidak bersetuju kereta itu dibayar majikan.

DUCATIMonster796-2940_1

Selain itu dia juga mempunyai motosikal berkuasa tinggi iaitu Ducati Monster yang dibelinya sebelum meninggalkan saya.”

Dalam prosiding yang berlangsung pada Selasa, peguam Aidil, Rushdan Sujak Rafee memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak dapat hadir kerana sedang mempersiapkan diri bagi perlawanan Liga Malaysia.

Rita yang diwakili peguam Datuk Zaidi Mohd Zain membuat tuntutan nafkah berjumlah RM102,000 daripada Aidil sebagai nilai tunggakan selama 20 bulan. -MYNEWSHUB.CC

Laporan Harian Metro – Tuntutan Mutaah Rita Rudaini 13 April Depan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori