Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Obama ‘Crash’ Perkahwinan Pasangan...

PASANGAN pengantin baru, Brian Tobe dan isterinya, Stephanie Tobe cukup bertuah apabila dapat merasai pengalaman individu...

Penumpang Cemas Pesawat Dipenuhi...

CALIFORNIA - Penumpang pesawat JetBlues dari Long Beach, California ke Austin, Texas pada...

Polis Tahan 2 Lelaki...

KUANTAN - Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai penagih dadah dalam rondaan cegah...

GRS Tidak Tergugat Hasrat...

KOTA KINABALU : Peningkatan jumlah keahlian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dalam...

Tugas Getir TNB Pulihkan Bekalan Elektrik

KUALA LUMPUR – Bekalan tenaga elektrik di Kelantan pulih hampir 60 peratus pagi ini setelah petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) bekerja siang malam untuk membaiki gangguan bekalan sebaik sahaja banjir surut ke paras selamat di sekitar pencawang elektrik syarikat utiliti nasional itu.

Pada satu ketika, peningkatan paras air memaksa TNB menutup sejumlah 1,960 pencawang di negeri berkenaan bagi mengelak litar pintas dan renjatan elektrik. Hampir 170,000 pelanggan terjejas ketika itu.

Ketua Penyelaras Pengurusan Banjir TNB Abdul Aziz Majid berkata walaupun mangsa banjir yang mungkin sudah pulang ke rumah masing-masing atau masih berada di pusat pemindahan mengharapkan bekalan elektrik segera pulih memandangkan talian tenaga kini dimatikan, realitinya tidak semudah yang difikirkan.

“Pada mulanya, kami berdepan kesukaran menghantar generator sokongan atau generator mudah alih (gen set mudah alih) dengan kapasiti sehingga 1,000 kilo Volt Ampere (kVA), memandangkan semua laluan ke Kelantan tidak boleh dilalui.

“Gen set mudah alih kami terkandas di pinggir negeri ini apabila laluan berkenaan diisytiharkan tidak selamat walaupun bagi kenderaan berat,” kata Abdul Aziz.

Hanya satu gen set berjaya diserahkan pada 27 Dis dan usaha untuk membawa gen set mudah alih menggunakan bot terhalang disebabkan arus air yang deras. Gen set mudah alih itu dibekalkan dalam pelbagai kapasiti di bawah 10 kVA dengan berat sehingga 80kg.

Hanya selepas paras air mula surut sejak beberapa hari lepas dan laluan ke Kelantan boleh dilalui kenderaan berat, TNB berjaya menggerakkan 29 gen set mudah alih ke Kelantan.

Hampir 50 gen set mudah alih bersama lebih 6,000 liter petrol tiba di Kelantan semalam dan segera diagihkan serta dihantar ke pusat penempatan mangsa banjir.

“Matlamat kami adalah pusat ini sekurang-kurangnya diterangi cahaya di waktu malam sambil kerja pemulihan di pencawang kami diteruskan,” kata Abdul Aziz, yang juga Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2) Bahagian Pembahagian TNB.


Ketika generator sokongan terus menjana pencawang, satu demi satu stesen itu diaktifkan semula. Juruteknik TNB bekerja tanpa mengenal lelah untuk membersihkan lumpur dan serpihan daripada stesen itu, yang mungkin telah memusnahkan rangkaian kabel yang rumit dan instrumen berkaitan

“Membersihkan pencawang mungkin mengambil masa setengah hari tetapi apabila digabungkan dengan keperluan memeriksa panel, konduktor, dan lain-lain serta kerja-kerja membaiki dan menggantikan komponen, dalam kes yang teruk, ia mungkin mengambil masa seminggu,” kata Abdul Aziz.

Pada 4 pagi ini (31 Dis), bilangan pencawang yang telah diaktifkan semula meningkat kepada 736, sekali gus memberi kelegaan kepada mangsa banjir.

“Kami akan terus menggerakkan semua tenaga kerja dan sumber lain untuk memulihkan bekalan elektrik,” kata Aziz.

Dengan meningkatnya bilangan jalan yang boleh dilalui untuk ke negeri ini, beliau berkata TNB akan meneruskan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menghantar bantuan banjir kepada mangsa.

Terkini adalah penghantaran barangan keperluan menggunakan empat lori 5 tan semalam.

“Ini sebagai tambahan kepada bantuan kemanusiaan 12 tan yang kami hantar menerusi penerbangan minggu lepas,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori