• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Ismail Pertikai Pengagihan Dana Bolasepak FAM

oleh Ahmad Albab
26/01/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu telus dan berlaku jujur dengan setiap perancangan berkaitan dana,” titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Titah baginda, berdasarkan perjanjian komersial bersama MP & Silva, FAM akan menerima RM1.26 bilion dalam tempoh 15 tahun yang jika ditaksirkan kira-kira RM84 juta setiap tahun secara purata.

Bagaimanapun, cuma 30 peratus daripada peruntukan itu akan diberikan kepada pasukan dalam liga iaitu kurang RM1 juta setahun kepada setiap pasukan sedangkan pasukan memerlukan peruntukan lebih besar untuk pembangunan.

“FAM sahaja mendapat RM17 juta setahun untuk menampung perjalanan liga. FAM akan turut menikmati RM33.5 juta setiap tahun untuk perbelanjaan lain. Mengapa FAM menikmati bahagian yang lebih besar berbanding dengan kelab dan persatuan dalam liga.

“Pendapatan penyiaran sepatutnya perlu dikongsi bersama antara pasukan yang mengambil bahagian dan bukannya untuk perbelanjaan pelbagai oleh FAM,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mendakwa hasil penyiaran Liga Malaysia meningkat dengan pesat sejak tiga tahun lalu disebabkan oleh pelaburan yang dilakukan oleh banyak pasukan.

Justeru, titah baginda, lebih banyak peruntukan perlu diberikan kepada pasukan yang mengambil bahagian untuk menjadikan Liga Malaysia lebih menarik sekali gus menarik lebih ramai rakyat mengikuti bola sepak tempatan berbanding beberapa tahun lalu.

“Saya ingin bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih, jujur dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan bola sepak tempatan dan oleh itu saya berharap FAM akan lebih telus dan profesional demi pembangunan bola sepak negara,” titah baginda.

Media baru-baru ini melaporkan FAM bakal mengaut keuntungan berjumlah RM1.26 bilion dalam tempoh 15 tahun selepas mencapai persetujuan untuk mengadakan kerjasama dengan syarikat hak media sukan terkemuka, MP & Silva sebagai rakan kongsi untuk membantu penswastaan liga yang akan bermula pada musim 2016.

Sebanyak 40 peratus jumlah pendapatan itu akan diambil oleh FAM untuk tujuan pembangunan sementara 30 peratus kepada pasukan yang bertanding manakala 20 peratus untuk perbelanjaan liga dan 10 peratus kepada pembangunan jurulatih.

Tags: FAMTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd