• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Spontan Penonton Luar Bidang Kuasa PUSPAL

oleh AK-47
15/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tindakan spontan orang ramai yang hadir menonton konsert seperti memeluk bukan menjadi bidang kuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) kerana ia sukar dikawal.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata tugas PUSPAL hanya menetapkan garis panduan dan syarat untuk dipatuhi sebelum permit dikeluarkan, jadi tindakan luar jangkaan daripada penonton adalah di luar bidang kuasa organisasi itu.

“Adakala apa yang berlaku secara spontan itu sukar nak diatur terutama apabila melibatkan penonton. Ada pegawai, ada polis pun, tiba-tiba dia naik atas pentas.

BACA JUGA – Aib! Gadis Bertudung ‘Dicabul’ Dengan Rela Artis KPop

“Penonton datang untuk tengok persembahan dan tak ada permit untuk menonton jadi kalau penonton nak naik pentas, nak peluk orang ke, nak menyanyi sama-sama atau sebagainya ini di luar tugas dan tanggungjawab Puspal,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan identiti jenama baharu Pos Malaysia, di Kompleks Daya Bumi di ibu negara hari ini.

Ahmad Shabery mengulas insiden tiga orang gadis Muslim bertudung dipeluk dan dicium artis K-Pop B1A4 yang membuat persembahan di negara ini, Sabtu lepas.

Laporan Mstar Online, memaklumkan beliau berkata insiden itu berlaku bukan kerana permit yang diberikan kepada kumpulan itu, sebaliknya ia adalah tindakan pelakunya iaitu penonton yang sangat teruja.

“Zaman sekarang ada perkara yang boleh dikenakan tindakan undang-undang, tapi ada perkara yang saya rasakan nasihat, pandangan dan pendidikan lebih penting supaya orang tahu mana yang baik dan tak baik.

“Pilihan untuk menghukum dalam semua perkara akan menyebabkan kesulitan di masa depan, misalnya beza peluk di televisyen atau di internet, kalau kita hukum yang itu orang tanya kenapa tak hukum yang ini…nanti timbul pula isu ‘pilih’ hukuman,” katanya.

Aksi berkenaan menyebabkan umat Islam di negara ini kebanyakannya marah dan mengecam tindakan ketiga-tiga gadis berkenaan.

Insiden itu juga sehingga menyebabkan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) cuba memohon untuk mendapatkan waran tangkap bagi mengesan gadis-gadis berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Persembahan Kumpulan B1A4 Di Seoul, Korea Selatan

Tags: K-Pop
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

K-Netz Jadi Trending, Tercetus ‘Perang Siber’ Antara Netizen Asia Tenggara Dan Korea Selatan

K-Netz Jadi Trending, Tercetus ‘Perang Siber’ Antara Netizen Asia Tenggara Dan Korea Selatan

13/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu pertembungan hangat di platform X tercetus antara netizen Asia Tenggara yang digelar “SEAbilings” dan netizen Korea...

Korea Selatan Berkabung: Acara Halloween Dan Persembahan Bintang K-pop Dibatalkan

Korea Selatan Berkabung: Acara Halloween Dan Persembahan Bintang K-pop Dibatalkan

30/10/2022
0

SEOUL: Kebanyakan acara dan perarakan sambutan Halloween serta persembahan bintang K-pop dibatalkan ketika Korea Selatan berkabung atas kematian sekurang-kurang 153...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd