• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Mahir Komputer Bukan Alasan Tidak Failkan GST

oleh Ahmad Albab
26/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tidak mahir dalam menggunakan komputer bukan alasan untuk tidak memfailkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana sistem automatik pada hari ini lebih mesra pengguna dan mudah digunakan, kata Pengarah Bahagian GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Subromaniam Tholasy.

Sebagai respons kepada aduan peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berhubung kesukaran untuk menggunakan teknologi tersebut, beliau berkata:’ Kami menyedari masalah tersebut tetapi pemilik perniagaan perlu menerima perubahan dan mengikut peredaran zaman.

“Kami tidak boleh menerima bahawa mereka katakan tidak faham bagaimana untuk menggunakan komputer kerana sistem jualan adalah automatik.

“Namun, kami tidak mahu menyukarkan para peniaga.

“Kami sedang menggerakkan pegawai kami untuk membantu peniaga ini dan lawatan nasihat akan bermula tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata, program hand holding yang dilaksanakan pada pertengahan tahun lalu merupakan projek berterusan dan Jabatan Kastam akan mendekati pemilik perniagaan untuk program tersebut.

“Mereka boleh juga boleh datang ke pejabat Jabatan Kastam untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu sekiranya perlu.

“Ia adalah pelaburan sekali sahaja dan mereka hanya perlu menghantar penyata GST sekali dalam tiga bulan,” kata Subromaniam.

Walaupun berjanji bahawa jabatan tersebut akan meneruskan program hand holding untuk memastikan peralihan semudah yang mungkin dalam tempoh tiga bulan sebelum GST dilaksanakan, Subromaniam menggesa peniaga untuk tidak menentang perubahan.

“Kami sedang bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan seperti Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) dan Persatuan PKS Malaysia untuk mendekati mereka yang mempunyai masalah dan mencetak buku dalam pelbagai bahasa.

Katanya, untuk mengurangkan kos pematuhan GST kepada peniaga, kerajaan bukan sahaja mengedarkan baucar perisian sebanyak RM1,000 tetapi turut memberikan elaun modal dipercepatkan untuk sebarang pembelian perkakasan ICT.

“GST memberikan peluang untuk potongan cukai pendapatan pada masa hadapan.

“Malah, perniagaan akan mendapat manfaat daripada GST kerana potongan cukai pendapatan,” katanya.

Begitu juga dengan Jabatan Imigresen dan MyEG juga bersedia untuk membantu ahli perniagaan untuk menggunakan sistem pembaharuan permit pekerja asing.

Seorang jurucakap MyEG berkata, syarikat tersebut cukup bersedia untuk membantu sesiapa sahaja berhubung proses tersebut.

“Kami juga ada meja bantuan, orang ramai boleh menghantar e-mel. Hanya maklumkan bahawa anda ingin memperbaharui permit pekerja asing dan pekerja kami akan membantu anda melalui proses tersebut langkah demi langkah,” katanya. – The Star Online

Tags: GSTpeniaga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd