• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Paksaan Guru Terjejas Banjir Bertugas Lebih Awal

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tiada unsur paksaan kepada mana-mana guru terjejas banjir untuk bertugas lebih awal sebelum sesi persekolahan 2015 bermula, kata Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan.

Beliau berkata semua pihak harus mematuhi arahan yang telah dikeluarkan sebelum ini berkaitan permulaan sesi persekolahan, namun jika ada guru secara sukarela mahu terlibat membersihkan sekolah, ia dialu-alukan.

“Saya harap tiada unsur paksaan kepada sesiapa saja namun jika ada guru secara sukarela mahu bantu bersihkan sekolah mereka yang terjejas banjir, kita galakkan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program sumbangan amal ‘Kembali Ke Sekolah’ di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Renggam di sini hari ini.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) baru-baru ini memohon Kementerian Pendidikan menyiasat laporan terdapat guru terjejas banjir dipanggil bertugas awal sebelum sesi persekolahan baharu bermula.

Sesi persekolahan baharu dijadual bermula pada 11 Jan bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, dan 12 Jan untuk negeri-negeri lain.

Kamalanathan berkata pihaknya sedang menyiasat laporan itu.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian sedang mengenal pasti jumlah sebenar guru dan pelajar terlibat banjir untuk tujuan penyaluran bantuan sewajarnya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd