Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Jangan Mudah Terpedaya Dengan...

SEGAMAT – Penduduk daerah Segamat diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan kempen pilihan...

Hackers Vietnam Balas Dendam,...

Nampaknya, banyak 'drama' berlaku sejak berakhirnya perlawanan Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam.BACA: Insiden...

Polis Seludup Syabu Ditangkap...

Jakarta - Dua anggota polis Indonesia yang ditangkap di Malaysia kerana membawa sejumlah...

Selamatkah Tempat Kerja Daripada...

KUALA LUMPUR - Bilakah 'kali terakhir' sistem pengudaraan dan pendingin hawa di tempat...

Terapkan Semangat Pembentukan Sahsiah Diri – Raja Muda Perlis

KANGAR – Golongan muda diminta agar sentiasa berusaha menerap semangat membangunkan minda, fizikal, menyayangi keluarga dan masyarakat, kesukarelawanan serta kenegaraan bagi membentuk sahsiah diri yang kental dan mantap.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ciri-ciri tersebut akan meletakkan mereka pada landasan betul dan bersedia menjadi generasi muda yang sempurna, bertanggungjawab serta dapat menyumbang dengan produktif kepada pembangunan negara.

Titah baginda generasi muda yang bertanggungjawab akan berusaha meningkatkan sokongan terhadap kerajaan dalam memajukan negeri dan negara.

“Ini bermakna golongan muda perlu meletakkan diri mereka dalam arus yang betul supaya penglibatan mereka dalam proses dan aspek pembangunan berjalan seiring,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda bertitah melancarkan program Gotong-royong dan Kayuhan Diraja 2015 BTN bertemakan ‘Kasih Rakyat Menjunjung Duli’ di Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen.


Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Perlis Jazli Fadzil.

Program anjuran kerajaan negeri itu mendapat kerjasama BTN Perlis dengan sokongan MAYC Perlis, Majlis Perbandaran Kangar dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

Sebelum kayuhan yang disertai 300 peserta bermula, baginda berdua serta para peserta menceriakan taman itu dengan menanam 300 pokok bunga kertas.

Tuanku Syed Faizuddin juga berkenan melancarkan program BTN Perlis Sahabat Anak Muda sebelum memulakan kayuhan sejauh 14 kilometer itu.

Dalam kayuhan itu baginda dan peserta singgah di beberapa tempat termasuk di tiga rumah asnaf terpilih untuk menyampaikan sumbangan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori