• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TERKINI: Lapan Mangsa Bas Rentung Dikenal Pasti

oleh Ahmad Albab
15/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Lapan orang yang meninggal dalam kejadian bas persiaran yang mereka naiki terbakar selepas terbabas di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tol Tapah awal pagi tadi di kenal pasti.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Somsak Din Keliaw berkata yang turut meninggal ialah pemandu bas berkenaan M.Jayagunasgaran, 40, ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah di bahagian tulang rusuk.

Tujuh yang lain dilaporkan rentung dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi yang menyebabkan 21 penumpang lain cedera manakala dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Lim Soo Lan, 59, (P); Tan Ah Ba, 65, (L); Tan Chan Ming, 69, (L); Aw Ah Poh, 56, (P); Tan Ah Baa, 64, (L); Ong Ah Yook, 58, (P); Sin Ah Huat, 54 (P) dan M. Jayagunasgaran, 40 (L).

Mayat dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala mayat Jayagunasgaran ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Sementara mangsa yang cedera menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tapah sebelum mendapatkan rawatan lanjut di HRPB dan hospital swasta di Ipoh

Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandunya cuba mengelak tayar di tengah jalan dan ini menyebabkan bas tersebut terbabas ke dalam parit di bahagian kiri lalu terbakar,” kata Somsak di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, bas persiaran LBS Travel and Tours berkenaan membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau ke Genting Highlands.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baru Cina negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Chenderiang Datuk Dr Mah Hang Soon turut melawat mangsa di Hospital Tapah. – BERNAMA

Tags: baskemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd