• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

T’ganu Dokumentasi Pengurusan Banjir Daerah Kemaman

oleh Ahmad Albab
07/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan menyediakan laporan dokumentasi mengenai pengurusan banjir daerah Kemaman yang mendapat pujian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri mendapat mandat daripada perdana menteri untuk menyediakan dokumentasi itu bagi dijadikan model ikutan kepada negeri-negeri terlibat banjir pada masa akan datang.

“Insya-Allah, sebaik sahaja mendapat laporan penuh dan membuat post mortem pada awal Februari, kami akan mula menyediakan dokumentasi itu.

“Tumpuan kerajaan negeri pada tahun lalu ialah di daerah Kemaman dan penghargaan yang diberikan perdana menteri itu akan menjadikan kita lebih bersedia untuk membuat persiapan menghadapi banjir seawal April depan dan kali ini persediaan dibuat di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena majlis angkat sumpah Datuk Bandar Kuala Terengganu, Pegawai Kewangan Negeri dan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini.

Dalam lawatan perdana menteri ke Kemaman baru-baru ini, beliau memuji pengurusan banjir di Kemaman yang disifatkan berada pada tahap terbaik merangkumi pelbagai aspek bantuan terutama dari segi prosedur operasi standard yang diselaraskan dengan baik.

Antara penambahbaikan yang dibuat di Kemaman ialah memulakan mesyuarat pengurusan bencana daerah seawal April serta simulasi banjir pada bulan November, pembinaan tiga tempat pendaratan helikopter di kawasan yang terputus hubungan darat dan persediaan penduduk Kemaman sendiri yang tahu mengenai tindakan yang perlu dilakukan sebaik daerah itu dilanda banjir.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga akan mendapatkan peruntukan daripada kerajaan pusat untuk meneruskan projek tebatan banjir dan pada masa sama menambah baik pelan pengurusan banjir di Kemaman dalam dokumentasi itu nanti.

“Kami mahukan pengurusan banjir sentiasa berada pada tahap terbaik, malah turut bersedia dengan apa juga bencana termasuk melatih sukarelawan khas yang akan didaftarkan dengan peruntukan khas untuk mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd