• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Berkenan Lantik 5 Anggota Baharu Mais

oleh Ahmad Albab
09/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melantik dan menerima menghadap lima anggota baharu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam satu istiadat di Istana Bukit Kayangan di sini.

Baginda berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor dan kepada Datuk Haris Kassim sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat, Pensyarah Kanan Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Datin Paduka Saudah Sulaiman dan Datin Paduka Norazlina Zakaria yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Worldwide Holdings Berhad.

Pelantikan mereka menjadikan jumlah keseluruhan keanggotaan Mais sebanyak 20 orang bagi sesi 2015-2017 dengan dipengerusikan Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Turut hadir menyaksikan istiadat pelantikan itu ialah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi, anggota-anggota Dewan Diraja dan ketua-ketua agensi kerajaan negeri.

Mohamad Adzib dalam satu kenyataan berkata Mais akan memperkasakan pengurusan kes undang-undang Islam dengan memastikan pegawai penguat kuasa agama diberi latihan dan pendedahan yang mencukupi bagi mengendalikan kes.

Keutamaan juga akan diberi terhadap kes-kes Syariah supaya ia dapat diselesaikan segera.

“Sehubungan itu, Mais telah meluluskan perjawatan baharu di Mahkamah Syariah pada tahun 2014 dengan pembiayaan daripada Zakat Selangor.

“Selain itu, Mais juga akan terus memperkasakan pertubuhan Islam bukan kerajaan dalam membantu Mais mempertahankan akidah umat Islam selain melaksanakan usaha dakwah dengan berkesan di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=M6L9RBv1mLE

Tags: MAISSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Aktiviti penternakan babi tidak boleh dijalankan secara sewenang-wenangnya tanpa kawalan ketat terutama berhampiran kawasan penempatan penduduk. Memetik laporan...

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan

08/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Istana Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd