Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Tahan 69...

JOHOR BAHARU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 69 pendatang asing...

Diesel Tumpah Akibat Lori...

SEPANG - Sebuah lori tangki dengan muatan diesel terbalik di Simpang LBJ, Jalan...

Liza Terharu, Suami Beralah...

PENGORBANAN paling berharga yang dibuat oleh suami kepada penyaanyi Liza Hanim benar-benar membuatkan...

Cuba Bunuh Komando Dipercayai...

Melaka - Kes cubaan membunuh anggota komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Terendak...

Cari Kereta Curi.. Tapi Terjumpa Kereta Kebal

SAO PAULO – Lain yang mahu dicari, lain pun yang ditemui apabila sepasukan polis Brazil secara tidak sengaja menemui dua buah kereta kebal ketika melakukan operasi mengesan kereta curi di bandar raya ini, lapor akhbar tempatan pada Rabu.

Kejadian berlaku di kawasan Sacoma, sebuah daerah penduduk miskin terbesar di Brazil apabila anggota polis tempatan menyerbu sebuah gudang sebelum menyita kira-kira 500 unit set televisyen, pelbagai alat ganti kenderaan dan sebuah trak curi.

Ketika itu, pasukan polis tersebut mulai terperanjat apabila menjumpai dua jentera perang berkenaan, namun siasatan dengan pihak Kementerian Pertahanan Brazil pula mendedahkan kereta kebal itu bukan milik pasukan tentera negara itu.

“Ini sangat luar biasa kerana pada asalnya polis hanya cari barang dan kereta curi tetapi kami dapat dua buah kereta kebal ‘misteri’ pula,” kata jurucakap polis Brazil, Leftenan Andrei do Carno kepada stesen penyiaran tempatan, Globo TV.

Setakat ini pihak polis gagal menjelaskan dengan terperinci asal-usul kereta kebal tersebut kerana jentera berat itu tiada dalam rekod tentera Brazil dan tidak menolak kemungkinan ia diseludup dari luar negara oleh kumpulan penjenayah.


Bagaimanapun, anak lelaki pemilik gudang tersebut ketika disoal siasat pihak polis mendakwa, dua buah kereta kebal itu dibeli secara sah menerusi satu acara lelongan awam pada 2003 dan ada dokumen pendaftaran sebagai bukti pemilikan.

Pihak tentera darat Brazil pula dalam satu kenyataan mengesahkan dua jentera itu pernah dilelong sebagai besi buruk tanpa ada peralatan senjata dan enjin oleh pengeluar kenderaan perisai tempatan, Engesa namun enggan mengulas lanjut.

Brazil pada masa ini memiliki 378 buah kereta kebal jenis Leopard 1 buatan Jerman selain 91 buah lagi model M60 Patton buatan Amerika Syarikat yang kebetulan hampir menyerupai dua buah kereta kebal ‘misteri’ berkenaan. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori