• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gosip Digugurkan Dari Melodi ‘Kejam’ – Sherry Alhadad

oleh AK-47
03/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Rasanya ramai sudah tahu Zulin Aziz dan Sherry Alhadad tidak lagi bergelar pengacara Melodi selepas ini kerana kontrak enam bulan bersama program hiburan itu sudah tamat.

Bagaimanapun, ada pula mulut-mulut ‘nakal’ menyebarkan cerita kononnya mereka sebenarnya digugurkan bagi memberi peluang kepada pengacara lain bergandingan dengan Awal Ashaari kerana mereka dikatakan punca rancangan itu tidak mendapat sambutan.

Menerusi Murai.com, Sherry menyifatkan gosip itu sebagai ‘kejam’, dan seolah-olah membawa maksud mereka disuruh berhenti kerana tidak menjalankan tugas dengan baik.

Hakikatnya, isu tersebut sama sekali tidak benar kerana Melodi ingin membuat pembaharuan untuk tahun 2015 dan mereka akur dengan keputusan bahawa tiada penyambungan kontrak dibuat.

“Memang benar di awal pembabitan saya dan Zulin mengacarakan Melodi, banyak kritikan tidak membina diterima tetapi setelah beberapa ketika isu sedemikian tidak lagi diperkatakan.

“Sebenarnya apabila saya dan Zulin diberikan peluang ini pun ia sudah cukup berharga. Secara tidak langsung ia batu loncatan kepada kami lebih dikenali selepas mengacara Melodi.

“Saya tahu bukan mudah untuk mengacara program siaran langsung namun ia antara pengalaman yang amat bernilai buat saya,” jelasnya.

Tak mengapalah Sherry dan Zulin. Anggap sajalah ‘jodoh’ anda berdua dengan Melodi tak panjang.

Selepas ini, kita tunggu dan lihat perubahan baharu yang cuba ditampilkan oleh Melodi khususnya dengan desas-desus mengatakan Azwan Ali bakal tampil sebagai pengacara dalam program hangat itu! – MYNEWSHUB.CC

(BACA: Panas.. Azwan Ali Pengacara Melodi 2015?)

https://www.youtube.com/watch?v=4L4yWGUkNno

Oleh: ELZA

Tags: ArtisGosip Artis Tempatanselebrititv3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Legenda Wartawan TV3, Datuk Karam Singh Walia Meninggal Dunia

Legenda Wartawan TV3, Datuk Karam Singh Walia Meninggal Dunia

06/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Dunia kewartawanan negara kehilangan seorang tokoh berpengaruh apabila wartawan penyiaran tersohor, Datuk Karam Singh Walia...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd