• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senaskhah Charlie Hebdo Dijual RM63,000 Menerusi eBay

oleh
16/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Sambutan di luar jangkaan terhadap akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo edisi khas pada Rabu bukan sahaja menyebabkan ia terpaksa dicetak semula sehingga lima juta naskhah daripada sasaran asal hanya setakat tiga juga naskhah.

Bahkan, penerbitan berhaluan kiri itu yang lazimnya cuma dicetak 60,000 naskhah setiap minggu, tiba-tiba mencipta rekod sebagai akhbar paling tinggi harganya apabila dibida €15,000 (RM62,884) menerusi laman lelongan terkenal eBay pada Khamis.

Harga ‘gila’ tersebut dicatat selepas pihak pengurusan laman jualan secara talian itu mengumumkan larangan terhadap pelanggannya yang cuba mengimbas dan menyalin semula Charlie Hebdo secara digital ekoran naskhah fizikal habis dijual di kedai.

Keluaran itu turut memecah rekod sebagai akhbar paling tinggi edaran dalam sejarah Perancis mengatasi Ouest-France dengan kira-kira 800,000 naskhah tetapi gagal mengatasi akhbar terlaris di dunia, Asahi Shimbun di Jepun dengan tujuh juta naskhah.

Dianggarkan 700,000 naskhah yang dijual pada harga runcit €3 (RM12.60) laris dijual dalam tempoh dua jam di seluruh Perancis susulan keterujaan pembeli selepas tragedi serangan ke atas pejabat Charlie Hebdo di sini pada 7 Januari lalu.

MENARIK: Edisi Khas Charlie Hebdo Laris Habis Dijual Sejak Awal Pagi

MENARIK: Charlie Hebdo Edisi Khas Caci Rasulullah SAW 3 Juta Naskhah

Insiden berdarah itu menyebabkan ketua pengarangnya, Stephane Charbonnie dan sembilan petugas akhbar tersebut selain dua anggota polis maut ditembak dua lelaki tempatan sebelum suspek berjaya dibunuh pasukan keselamatan beberapa hari kemudian.

Peristiwa terburuk dalam sejarah itu ekoran sikap Charlie Hebdo sejak diterbitkan pada 1970 memperjuangkan kebebasan bersuara melampaui batas termasuk menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW kononnya atas nama prinsip kebebasan bersuara.

Malah muka hadapan keluaran khas sebagai memperingati tragedi serangan itu turut menampilkan karikatur Rasulullah SAW kononnya sedang berasa sedih sambil memegang sepanduk bertulis ‘Je suis Charlie’ atau bermaksud ‘Saya ialah Charlie’.

Sehari selepas insiden tragik itu, laman eBay turut ‘diserbu’ terlalu ramai pelanggan dari seluruh dunia bersaing untuk membeli naskhah-naskhah lama Charlie Hebdo yang pernah cetus kontroversi sehingga menyebabkan harga bidaan mencecah ribuan euro.

Pihak eBay dalam pada itu memaklumkan, semua hasil komisen daripada jualan akhbar tersebut dan segala koleksi arkib Charlie Hebdo akan disumbangkan semula kepada waris petugas penerbitan itu yang terbunuh sebagai tanda simpati. – Agensi

Tags: akhbarCharlie HebdoeBayhargalamanPerancissatira
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter –  Lim Sian See

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter – Lim Sian See

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengkritik dasar kerajaan, Lim Sian See mempersoalkan bagaimana RON95 boleh dijual pada...

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd