• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Dilanda Banjir, Kota Bharu Hadapi Masalah Debu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAN daripada banjir yang melanda, rakyat Kelantan kini dilaporkan menghadapi krisis pasca bencana alam itu apabila udara diselubungi dengan debu.

Menurut laporan akhbar Sinar Harian, orang ramai terpaksa menggunakan topeng muka bagi menghalang mereka daripada tersedut habuk yang bertebaran di udara.

image

Bukan itu sahaja, senario di laluan utama bandar Kota Bharu yang telah ditenggelami air sebelum ini bagai hilang ‘serinya’ apabila kesan lumpur jelas kelihatan di serata tempat.

Kebanyakan premis perniagaan di sekitar Kelantan juga masih belum beroperasi sepenuhnya, termasuk gerai-gerai makan. Namun ada segelintir yang nekad membuka kedai bagi mencari rezeki walaupun dalam situasi berhabuk.

Keadaan ini dilihat bakal mencetuskan masalah baharu buat penduduk kerana jika berterusan, ia boleh mendedahkan kepada masalah kesihatan berkaitan pernafasan, batuk dan sakit mata.

Menurut salah seorang penduduk yang juga peniaga, Ling Kok Chong, 50, dia terpaksa mengenakan topeng muka ketika berada di luar rumah akibat debu yang tebal.

“Tidak kira kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan, mereka perlu berganding bahu selesaikan masalah rakyat ini selain menumpukan perhatian pada kerja-kerja membantu mangsa banjir,” sarannya mewakili suara hati orang ramai. – MYNEWSHUB.CC

Visual Kemusnahan Setelah Banjir Surut Di Kelantan

Tags: BanjirKelantanmangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd