• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melayu Patah Hati, Kurang Fahaman Agama Tertarik ISIS

oleh Ahmad Albab
24/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENGGUNAKAN nama Islam sebagai tujuan perjuangan, namun semua itu hanya alasan bagi mengalih motif sebenar.

Menurut sumber kanan polis, seks, duit, ganjaran material dan pengaruh merupakan empat kunci utama yang menarik minat Melayu menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Pengarah Cawangan Khas Datuk Seri Akhil Bulat berkata, berdasarkan siasatan polis empat faktor tersebut dilihat konsisten dijadikan motif sebenar individu-individu yang ingin menyertai perjuangan kumpulan tersebut.

[BACA INI JUGA: Ada Kedai Jual Barangan ISIS Di Bandar Baru Bangi?]

Dalam satu temubual khas bersama portal The Malaysian Insider beliau berkata, “Semuanya bermula dengan ideologi. Namun sebaik sahaja jumlah mereka bertambah, ia kemudiannya menjurus kepada keganasan.

“Sebab mengapa ia menarik minat individu Melayu adalah kerana mereka membenarkan apa yang dilarang Islam, pujukan kepada mereka yang keliru dan tertekan dengan kehidupan seharian.”

daulah-isis

Bahkan, pegangan Islam songsang disyaki memainkan peranan untuk menarik minat sesetengah pihak, antaranya tidak perlu menunaikan solat lima waktu sehari atau berpuasa pada bulan Ramadan.

“Mereka diberitahu boleh mentafsir Al-Quran seperti yang difahami mereka, bukan yang dianjurkan oleh ulama, sarjana serta pihak berkuasa Islam,” kata beliau lagi.

Sebagai contoh penyalahgunaan ayat Al-Quran yang dilakukan kumpulan itu adalah melalui penerbitan risalah Su’al wa-Jawab fi al-Sabi wa-Riqab yang menerangkan mengenai pengambilan hamba atau tahanan kaum wanita bagi tujuan seks, serta seks bersama kanak-kanak di bawah umur.

Akhil menjelaskan, segelintir kecil umat Islam tertarik dengan ISIS kerana mereka didoktrinkan bahawa perjuangan melalui peperangan akan menyucikan diri mereka daripada dosa terdahulu, lantas berpeluang masuk syurga.

“Kebanyakan orang Melayu akan menolak fahaman sebegini, namun mereka yang berada dalam tekanan hidup, mudah untuk mempercayai.

“Kami telah menemui Melayu yang terseksa, patah hati dan kurang faham agama,” ujarnya. -MYNEWSHUB.CC

Video ISIS Tawan 2 Warga Jepun (Menurut Pakar Ia Manipulasi Teknologi Skrin Hijau)

https://www.youtube.com/watch?v=QrdDavSw_Fg

Tags: ISISMelayupolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd