• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amar Tak Mengaku Sedang Rapat Dengan Penyanyi Wanita

oleh Ahmad Albab
13/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Amar Baharin menyangkal dakwaan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad kononnya dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang penyanyi yang sudah lama menyepi daripada industri.

Amar, 30, berkata, dia berasa pelik dengan gosip berkenaan kerana dia sendiri tidak mengetahui penyanyi yang dimaksudkan dalam artikel berkenaan.

“Saya tidak dapat memberi jawapan kepada soalan itu kerana saya sendiri tidak mengetahui siapakah penyanyi yang dimaksudkan.

“Tetapi apa yang penting saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana penyanyi,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Dalam pada itu, Amar berkata, kesan daripada gosip berkenaan dia mendapat banyak pertanyaan termasuk daripada ahli keluarganya yang ingin mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu.

Tambah Amar lagi, dia terkilan apabila isu itu tidak ditanya terus kepadanya untuk mendapatkan kepastian sebelum ia diterbitkan.

“Saya tiada masalah sekiranya ada wartawan ingin menulis artikel mengenai saya malah berterima kasih tetapi dalam hal sebegini rasanya lebih baik ia datang daripada mulut saya sendiri.

“Apabila artikel sebegini keluar bagi saya ia tidak menghormati artis dan saya sendiri tidak tahu bagaimana ingin menjawab terutama pertanyaan daripada keluarga,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai persahabatan dengan Izreen yang dikatakan renggang, Amar menjelaskan mereka kini kembali dengan kehidupan masing-masing seperti mana sebelum terlibat dalam drama bersiri Kerana Terpakssa Aku Relakan (KTAR).

Kata Amar, dia tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu isu kerana mereka mempunyai kehidupan sendiri tambahan drama berkenaan juga sudah selesai ditayangkan.

“Apabila kami dilihat rapat dikatakan bercinta dan sekarang dikatakan putus pula. Hakikatnya kami hanya kawan dan sekarang masing-masing buat hal sendiri.

“Orang mempersoalkan tentang hubungan kami mungkin impak daripada drama tersebut dan harap tiada lagi isu mengenai kami,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amar berkata, dia bakal memasuki set penggambaran drama berdiri Mr London Mrs Langkawi disamping pelakon Zul Ariffin dan Izara Aishah. – mStar Online

Tags: Artispelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd