• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Bukan Bodoh Mahu Buat Perkara Tak Senonoh”

oleh Ahmad Albab
20/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Ainan Tasneem menegaskan tuduhan kononnya dia berkelakuan sumbang dikhalayak dengan teman lelakinya adalah fitnah yang sengaja direka-reka bertujuan menjatuhkan maruahnya.

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 23, berkata, biarpun namanya tidak segah penyanyi lain namun dia sedar gerak-gerinya sentiasa diperhatikan masyarakat dan pelik apabila dijadikan sasaran pihak tertentu.

“Mungkin nama saya tidak segah selebriti lain namun rasanya orang kenal siapa Ainan Tasneem tambahan pula di Perlis.

“Saya bukan bodoh sangat untuk berkelakuan seperti didakwa kerana sedar gerak-geri diperhatikan dan dakwaan itu fitnah semata-mata,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Ainan berkata demikian sebagai respon kepada artikel sebuah akhbar mingguan yang melaporkan dia dan kekasihnya berjalan berpimpinan tangan selepas selesai makan di sebuah restoran pada 9 Disember lalu.

Dakwaan daripada seorang pembaca menerusi e-mel itu turut memberitahu pasangan berkenaan tidak segera beredar sejurus memasuki kereta Honda Jazz berwarna biru sebaliknya mendakwa mereka ‘bermesra-mesraan’ hampir 45 minit di dalam kereta berkenaan sebelum beredar.

Ainan bagaimanapun tidak menafikan ada berkunjung ke restoran berkenaan bersama lelaki tersebut pada tarikh berkenaan namun menyangkal dakwaan berdua-duaan dengan teman lelakinya itu di dalam kereta.

“Saya tidak mengetahui mengenai fitnah ini sehinggalah ada peminat yang bertanyakan hal berkenaan di Instagram kerana masih belum sempat membaca akhbar.

“Terkejut saya apabila membaca artikel berkenaan kerana bukan sahaja dituduh berpegangan tangan tetapi dikatakan ‘bermesra’ pula di dalam kereta. Ia tidak masuk akal,” katanya.

Dalam pada itu, Ainan berkata, dia tidak pasti sama ada dakwaan berkenaan dibuat kerana ada pihak berdendam dengannya kerana tidak mempunyai musuh.

Malah katanya, teman lelakinya itu juga sentiasa mengingatkan mengenai batas pergaulan mereka kerana bimbang akan menjadi perbualan masyarakat.

“Jika benar saya berkelakuan tidak senonoh mengapa pengirim e-mel berkenaan tidak menegur perbuatan saya itu secara berhadapan atau mengambil gambar kami untuk dijadikan bukti sokongan kepada dakwaan tersebut?

“Saya tidak pasti sekiranya ada pihak yang berdendam dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti itu dan ia satu fitnah,” jelasnya.

Sementara itu, menjawab tuduhan kononnya mereka bercuti ke Eropah bersama teman lelakinya itu, Ainan berkata, pemergian mereka ke sana bukan berdua sebaliknya turut ditemani oleh ahli keluarga lelaki tersebut.

“Hubungan saya dan keluarga teman lelaki memang akrab dan sebaliknya. Saya sedar kedudukan saya sebagai seorang penuntut universiti dan selebriti, takkan saya sanggup mencemarkan imej keluarga kedua-dua belah pihak.

“Pemergian kami ke sana juga bukan rahsia malah ibu bapa saya mengetahui tentang itu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ainan berkata dia kini sibuk dengan pengajian semester akhirnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan BioProses.

Jelas Ainan, dia juga bakal merakamkan sebuah single bersama ahli kumpulan Sleeq iaitu Aliff yang akan dilancarkan pada tahun ini.

“Sekarang memang sibuk dengan pengajian dan ingin buat yang terbaik kerana saya berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana selepas ini,” katanya. – mStar Online

Tags: penyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd