Wednesday, September 18, 2024

Creating liberating content

JKR Sabah Perlu Penjawat...

KOTA KINABALU - Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memerlukan pertambahan penjawat awam bagi...

GAMBAR: Bila Gay Bangga...

Di luar sana, tak dapat dinafikan terdapat ramai individu bernafsu songsang namun masih...

Alat Perangsang Seks Tersangkut...

PELBAGAI cara dilakukan bagi menyambut dan meraikan Tahun Baharu. Namun, apa yang berlaku di...

Kerang Rebus & Bakar...

PARIT BUNTAR - Setiap kali tibanya bulan Ramadan, hidangan kerang bakar dan rebus...

Nelayan Temui Mayat Kanak-Kanak Mangsa Nahas QZ8501

MEDIA Indonesia Kompas.com melaporkan nelayan di perairan Maradapan, Kalimantan Selatan telah menemui satu lagi mayat dianggarkan berusia 13 tahun, dipercayai mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501.

“Ya, satu lagi mayat ditemukan di Pulau Sembilan.

“Maklumat yang kami terima, ia dianggarkan seorang remaja berusia 13 tahun,” kata Pengarah Operasi Badan SAR Nasional (BASARNAS) SB Supriyadi mengesahkan penemuan itu.

BACA JUGAQZ8501 : Identiti Satu Lagi Jasad Dikenal Pasti

Mayat ditemui dilaporkan dibawa Kotabaru, Kalimantan Tengah menggunakan kapal Sadewa dan dijangka tiba pada pukul 6 petang waktu tempatan, Jumaat.

Menurut Supriyadi, kapal itu turut membawa dua lagi mayat hasil penemuan nelayan lain sebelum ini.

Mayat kemudiannya akan diterbangkan menaiki pesawat dari Kotabaru ke Surabaya.

“Ketika ini, kapal itu masih dalam perjalanan menuju ke Kotabaru. Mungkin besok pagi baru diterbangkan ke Surabaya. Pesawat sudah siap menunggu sejak semalam,” katanya.

Memasuki hari ke-20 pencarian, 51 mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 telah berjaya ditemui. Sejumlah 48 mayat sudah dibawa ke Surabaya, Jawa Timur, untuk ditentukan identiti.


Operasi pencarian di Laut Jawa dan Selat Karimata masih tertumpu ke arah menemukan sejumlah 111 mangsa nahas yang terdiri daripada penumpang dan kru kabin.

Pesawat QZ8501, pesawat Airbus A320-200 kendalian syarikat AirAsia Indonesia terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lepas ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura membawa bersama 162 penumpang dan anak kapal.

Cuaca buruk ketika penerbangan dipercayai antara punca nahas berkenaan.

– MYNEWSHUB.CC

Berita Indonesia Berkaitan Pencarian Nahas QZ8501

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori