• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samseng Uighur Ditembak Mati Oleh Polis

oleh Ahmad Albab
13/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Beijing – Sekumpulan ‘samseng’ cuba mengaktifkan satu bahan letupan di sebuah kawasan perniagaan di Xinjiang, mendorong polis menembak mati enam daripada mereka, kata pegawai kerajaan semalam.

Operasi itu, kata sumber, dilakukan polis di daerah Shule yang terletak di bahagian selatan bandar Laluan Sutera, Kashgar.

Menurut sumber, polis menerima maklumat mengenai “seorang lelaki dipercayai membawa bahan letupan” dan apabila cuba disiasat, suspek cuba menyerang pihak berkuasa menggunakan kapak.

“Tindakannya itu mendorong polis melepaskan tembakan,” katanya.

Laporan di laman sesawang kerajaan tempatan menyatakan, polis sedang mematikan bahan letupan itu apabila lima lelaki lain menyerang dan cuba mengaktifkannya.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah kejadian berasingan atau berkaitan.

Laporan menyatakan, semua lima lelaki terbabit ditembak mati.

Polis China sering menyalahkan etnik Uighur di Xinjiang mendalangi pelbagai insiden keganasan di situ atas alasan mereka sedang berusaha memerdekakan wilayah berkenaan.

Sebaliknya, kumpulan Uighur dan aktivis hak asasi manusia berkata, dasar Beijing yang keras dan menekan termasuk mengongkong Islam merangsang kekacauan. – Reuters

https://www.youtube.com/watch?v=PfBeX0fe58s

Tags: ChinaUighur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

Wanita Tular Isu Percutian Di China Tampil Pertahan Diri, Serah Kepada Tindakan Undang-Undang

Wanita Tular Isu Percutian Di China Tampil Pertahan Diri, Serah Kepada Tindakan Undang-Undang

19/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 19 Jun 2026 – Wanita yang tular susulan sebuah klip video ketika berada di China tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd