• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sampah Akibat Banjir Ibarat Muatan 20 Pesawat Jumbo

oleh AK-47
15/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sampah yang terhasil daripada musibah banjir yang melanda negara ini bulan lepas di semua negeri termasuk di pantai timur dianggarkan boleh dimuatkan ke dalam lebih 20 buah pesawat jumbo jenis Boeing 747.

Beratnya dianggarkan mencapai 200,000 tan dan ia juga lebih enam kali ganda berbanding jumlah kutipan sampah domestik seluruh negara pada setiap hari biasa itu hanya 33,000 tan.

Laporan Mstar Online, memetik Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Datuk Ab Rahim Md Noor sebagai berkata kutipan sampah di Pahang sahaja melebihi 20,000 tan iaitu muatan dua buah pesawat jenis besar itu.

MENARIK – 200,000 Tan Sampah Dipungut Di Negeri Dilanda Banjir

“Pesawat jumbo yang mampu menampung kira-kira 9,000 tan muatan itu boleh memberi perbandingan mudah untuk masyarakat lebih faham mengenai longgokan sampah yang terkumpul pasca banjir.

“Jika di Pahang di mana kerja-kerja pembersihan hampir selesai sudah mengumpul lebih 20,000 tan dengan majoritinya di Temerloh, bayangkan keadaan di negeri yang lebih teruk seperti Kelantan dan Terengganu,”
katanya dalam laporan itu.

Beliau berkata berat sampah di Pahang lebih kecil jika dibandingkan dengan jumlah sampah yang dikutip di Kelantan dan Terengganu.

Mengenai kerja-kerja pembersihan di Pahang, Temerloh yang menjadi daerah paling teruk dilanda banjir adalah kawasan paling berselerak, ditimbuni pelbagai jenis sampah dan sisa pepejal selepas banjir surut.

Selain Temerloh, daerah lain di Pahang yang turut dilanda bencana sama ialah Kuantan, Pekan, Maran, Jerantut, Lipis, Rompin dan Bera. – MYNEWSHUB.CC

200,000 Tan Sampah Terhasil Selepas Banjir

http://youtu.be/KLfs2rz7U8E

Tags: BanjirSampah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd