• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Kembali Dilanda Banjir, 5 Negeri Semakin Pulih

oleh Ahmad Albab
02/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor semakin pulih petang ini, namun Sabah kembali dilanda bencana itu apabila beberapa bandar utama di negeri berkenaan mula ditenggelami air.

Setakat 4 petang tadi, SABAH merekodkan seramai 422 mangsa daripada 134 keluarga di daerah Kota Belud dan Tawau yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam berkata kesemua mangsa adalah dari 10 buah kampung yang dilanda banjir di sekitar daerah berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kajicuaca Sabah Abdul Malik Tussin berkata keadaan cuaca di seluruh negeri berkenaan hingga lewat malam ini, diramalkan mendung dengan hujan sekejap-sekejap.

Sebelum ini, Tenom dan Beaufort dilanda banjir selama beberapa hari dengan lebih 400 mangsa terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara.

Di TERENGGANU, keadaan banjir hampir pulih dan setakat petang ini hanya daerah Dungun masih terjejas melibatkan 143 mangsa berbanding 2,917 mangsa tengah hari tadi, menurut Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu Roslina Ngah.

Roslina dalam kenyataan berkata Bilik Gerakan Banjir Terengganu hari ini ditutup secara rasmi berikutan keadaan yang semakin pulih di negeri itu, namun pihaknya meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa.

Di KELANTAN, keadaan banjir turut bertambah baik apabila merekodkan penurunan jumlah mangsa kepada 26,149 orang petang ini, berbanding 27,282 orang pada tengah hari.

Menurut MKN Kelantan, kesemua mangsa yang terdiri daripada 6,469 keluarga ditempatkan di 140 pusat pemindahan di enam jajahan.

Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Tanah Merah adalah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (124), Kuala Krai (5,645), Kota Baharu (635), Machang (2,555) dan Gua Musang (3,006).

Di PERAK, jumlah mangsa banjir sedikit menurun kepada 7,346 orang daripada 2,013 keluarga berbanding 7,513 mangsa daripada 2,066 keluarga di 49 pusat pemindahan di lima daerah tengah hari tadi.

Jurucakap MKN Perak berkata daerah Perak Tengah setakat petang ini merekodkan seramai 5,290 mangsa, Kuala Kangsar (891), Hulu Perak (758), Manjung (131) dan Hilir Perak (276).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 43,840 orang berbanding 44,591 orang tengah hari tadi di 203 pusat pemindahan di lapan daerah yang terjejas.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Temerloh menempatkan mangsa paling ramai 20,962 orang di 69 pusat diikuti Pekan (10,964), Jerantut (4,215), Bera (3,313), Maran (2,438), Kuantan (1,074), Lipis (825) dan Rompin (49).

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 116 orang daripada 24 keluarga selepas 23 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

15 Alasan Yang Biasa Keluar Dari Mulut Peminjam Duit Kawan

Next Post

Tiada Paksaan Guru Terjejas Banjir Bertugas Lebih Awal

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Tiada Paksaan Guru Terjejas Banjir Bertugas Lebih Awal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd