• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Dilelong RM2.1 Juta, Suami Umie Aida Dakwa Tak Tahu

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Suami kepada pelakon tersohor negara, Datin Umie Aida iaitu Datuk Khairuddin Abu Hassan menafikan dirinya mengetahui tentang lelongan rumah miliknya yang terletak di Mont Kiara pada Sabtu lepas.

“Saya tidak tahu menahu dan tidak diberi sebarang notis ataupun writ mengenai lelongan itu. Lelongan ini juga difahamkan diadakan semalam. Saya pun dengar melalui saluran media sosial.

Namun saya akan bincang dengan peguam saya pada hari Isnin nanti,” ujarnya kepada Astro Awani.

Dalam pada itu, sebuah akhbar tempatan melaporkan, seorang individu wanita yang enggan dikenali telah berjaya memiliki kediaman tersebut setelah dia menjadi pembida tunggal rumah itu.

Ujar wanita itu, dia tidak mengenali pemilik terdahulu kediaman berkenaan dan mendapat perkhabaran tentang rumah tersebut melalui iklan sebelum memutuskan untuk memilikinya kerana ia merupakan hartanah yang memiliki harga tinggi.’

khairuddinabuhassan-m2

Pada hujung tahun lalu, Datuk Khairuddin mencetuskan kontroversi dalam UMNO setelah dia membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tidak lama selepas itu, ada pihak membuat pendedahan tentang status figura politik tersebut yang dikatakan telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia pada 14 Mei tahun lalu.

[BACA INI JUGA: Mengejutkan… Suami Muflis, Rumah Umie Aida Dilelong?]

Walaupun ditujah dengan pelbagai isu yang dilihat memburukkan imejnya, Khairuddin berkata, dia akan tetap meneruskan usahanya untuk mendedahkan kepincangan dalam 1MDB.

“Saya akan lawan secara habis-habisan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Demi kepentingan rakyat jelata, saya berikrar untuk memerangi rasuah mahupun penyelewengan di negara kita dalam setiap segi.

Ini adalah cabaran perjuangan saya yang amat kerdil. Saya adalah pejuang yang sekiranya ditekan, akan menjadi semakin kuat. Saya dilahirkan dalam keluarga pejuang UMNO.” – MYNEWSHUB.CC

 

Sedutan Lakonan Datin Umie Aida Dalam Filem Yang Diharam Tayang, Dukun

https://www.youtube.com/watch?v=C-PesvDGDyA

Tags: muflispolitikPulau PinangUMIE AIDA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd