Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Sarah Suhairi Juara Big...

SHAH ALAM - Selepas lapan minggu bertanding, tuah ternyata berpihak kepada penyanyi Sarah...

AirAsia Promosi ‘Keindahan Malaysia,...

KUALA LUMPUR - AirAsia, dengan kerjasama kerajaan Terengganu, akan menggunakan corak “Keindahan Terengganu,...

Si Pemalas Campak ‘Pampers’...

CAMPAK sampah dari tingkat atas bukanlah perkara luar biasa berlaku dalam kalangan penduduk...

Kajian Buktikan Wanita Suka...

NAMPAK gayanya trend kaum lelaki yang kini gigih membina badan masing-masing untuk tampak...

Rosmah Lawat Mangsa Banjir Di Gua Musang

GUA MUSANG – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meluangkan masa melawat mangsa banjir yang masih ditempatkan di dua pusat penempatan sementara di sini.

Beliau tiba kira-kira 12 tengah hari di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Taman Etnobotani di sini yang menempatkan 35 keluarga.

Selepas meluangkan masa kira-kira 30 minit, Rosmah seterusnya melawat kem sementara di Bandar Utama yang menempatkan 97 keluarga yang terletak kira-kira10 kilometer dari kem sebelum itu.

Seramai 608 mangsa banjir masih ditempatkan di dua pusat penempatan sementara itu.


Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal Dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) turut menyerahkan sumbangan sebanyak 1,500 bungkusan bantuan berupa barangan keperluan harian dan makanan.

Rosmah serta rombongannya seterusnya bertolak ke Kuala Krai dan dijangka menamatkan lawatannya ke Kelantan di Tanah Merah petang ini. Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Galas, Abd Aziz Yusoff dalam ucapannya di kem PLKN menganggap banjir di Kelantan, terutama di Gua Musang adalah luar biasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori