• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puluhan Pelajar Tempatan Jadi Sukarelawan Misi QZ8501

oleh
05/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANGKALAN BUN – Visual kelincahan mereka mengangkut mayat dari helikopter ke ambulans selain membawa serpihan pesawat QZ8501 malah menolak kapal terbang tentera ke landasan menjadi tontonan puluhan stesen televisyen dari seluruh dunia.

Namun tidak ramai tahu mereka ialah pelajar sekolah menengah sekitar Pangkalan Bun, ibu kota daerah Kotawaringin Barat di wilayah Kalimantan Tengah yang berpenduduk hanya 200,000 orang dan mula terkenal ekoran tragedi pesawat AirAsia Indonesia itu.

Minggu lalu, lebih 30 pelajar terbabit tampil menjadi sukarelawan Badan Pencari dan Penyelamat Nasional (Basarnas) di samping membantu pelbagai pasukan keselamatan dari serata dunia bertugas 24 jam di lapangan terbang Iskandar dekat bandar tersebut.

Sejak penemuan pesawat malang itu di Selat Karimata pada 30 Disember lalu, kehidupan bandar tenang pelabuhan kecil Sungai Buun; yang diasaskan kerajaan kesultanan Islam Kotawaringin awal kurun ke-17; kemudian bertukar menjadi amat sibuk.

Terkesan dengan tragedi QZ8501 yang terhempas ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu, puluhan remaja tempatan sanggup mengorbankan cuti penggal dua minggu untuk bertugas di lapangan terbang kecil berkenaan.

“Saya datang untuk menyokong petugas kecemasan yang tidak ‘cukup tangan’ dengan menjadi sukarelawan kerana sedih mendengar berita pesawat itu, malah keluarga saya turut menyokong dan berdoa untuk semua mangsa,” kata Nurul Fauzianti Hakim.

Pelajar berusia 17 tahun dan menuntut di sebuah sekolah vokasional di sini berkata, ramai rakannya turut bertugas sebagai sukarelawan walaupun tidak mendapat upah atau sijil penghargaan daripada pemerintah apatah lagi penat berkhidmat tanpa henti.

“Kami diberi tunjuk ajar oleh pegawai tentera udara Indonesia bagi mengenal pasti mana satu pesawat dan helikopter yang mendarat di lapangan terbang, bahkan sudah mula cekap ketika mengurus operasi pemindahan mayat,” kata rakannya, Abdul Wahab, 18 tahun.

Petugas Basarnas tempatan turut mengakui, pelajar terbabit amat disiplin dan cepat belajar prosedur semasa mengangkut mayat atau serpihan pesawat QZ8501 ke dalam kenderaan lain walaupun basah kerana cuaca hujan dan hidu bau jenazah. – Agensi

Tags: AirAsiaIndonesiaMayatpelajarpesawatQZ8501
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd