Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Mahathir Seperti Hilang Arah,...

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti hilang arah sejak kebelakangan ini dan...

POTA Bukan Untuk BN...

KOTA KINABALU - Rang Undang-Undang Pencegah Keganasan (POTA) 2015 bukan untuk Barisan Nasional...

Tukar Pengurusan Lapuk Demi...

TAHNIAH! PM nampak sangat gembira dan lega dengan kerjasama DRB-Hicom dan Zhejiang Geelly...

Jamal Sah Letak Jawatan...

SHAH ALAM - Datuk Seri Jamal Md. Yunos secara rasmi hari ini menghantar...

Polis Terus Siasat Kehilangan MH370, Kata KPN

KUALA LUMPUR – Walaupun sudah hampir 11 bulan berlalu, polis terus menjalankan penyiasatan tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapalnya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata kertas siasatan mengenainya tidak pernah ditutup.

“Penyiasatan masih berjalan dan kami tidak pernah menutup kes ini,” katanya apabila dihubungi Bernama di sini.

Nasib pesawat berkenaan yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China itu masih belum diketahui, walaupun pengumuman rasmi dibuat bahawa laluannya berakhir di selatan Lautan Hindi.

Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang daripada radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac 2014. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.


Pada 11 Mac tahun lepas, Polis Diraja Malaysia dan Interpol mendedahkan bahawa dua lelaki yang menaiki pesawat itu dengan menggunakan pasport curi serta dikenali sebagai rakyat Iran bernama Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29, tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana kumpulan pengganas.

Kehilangan pesawat itu menjadi semakin misteri apabila beberapa hari kemudian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sistem komunikasi dan transponder Penerbangan MH370 sengaja dimatikan apabila ia tiba di pantai barat semenanjung Malaysia dan antara pusat kawalan trafik udara Malaysia dan Vietnam.

Khalid berkata siasatan polis bertumpu kepada empat perkara iaitu kemungkinan pesawat itu dirampas, sabotaj, keadaan psikologi penumpang dan anak kapal dan masalah peribadi yang dihadapi penumpang dan anak kapal.

“Walaupun kami tidak mempunyai bukti konkrit tentang kes ini, tetapi kami masih berbincang mengenainya dengan Jabatan Peguam Negara, termasuk perkembangan dalam operasi mencari dan menyelamat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori