• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tawau Tahan 6 Suspek Kes Pecah Rumah, Curi Kereta

oleh Ahmad Albab
22/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Polis percaya telah menyelesaikan empat kes pecah rumah dan curi kereta di daerah Tawau susulan penahanan enam suspek termasuk seorang wanita di sekitar Lahad Datu dan Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kesemua suspek berusia antara 24 dan 42 tahun dan dua daripada mereka ditahan di Jalan Teratai, Lahad Datu pada 9 Jan lepas oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Beliau berkata ketika ditahan, kedua-dua suspek lelaki itu berada di dalam sebuah Proton Saga warna hitam yang didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Hasil siasatan mendapati kereta yang dinaiki suspek dilaporkan hilang di Kampung Pasir Putih, Tawau pada 6 Jan lepas.

“Siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek itu membawa kepada penahanan empat lagi suspek termasuk seorang wanita di sekitar Tawau dan Lahad Datu yang dipercayai terlibat sama dalam dua kes pecah rumah serta dua kes curi kereta di sekitar Tawau,” katanya dalam satu kenyataan.

Awang Besar berkata hasil pemeriksaan air kencing mendapati lima daripada suspek positif dadah jenis syabu dan tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau antaranya kes curi motosikal dan kes dadah.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan daripada suspek termasuk dua televisyen plasma, peralatan pecah rumah, enam telefon bimbit, dua beg galas, dan tiga unit mesin jahit.

Katanya susulan penahanan itu, polis turut menahan empat lagi individu termasuk dua wanita berusia antara 32 dan 51 untuk membantu siasatan kerana dipercayai membeli barangan curi daripada suspek. – BERNAMA

Tags: perompakpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd