• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Dipercayai Pengedar Dadah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar ibu negara dan merampas dadah pelbagai jenis seberat 1.17kg bernilai RM95,000.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata suspek berusia 39 tahun itu ditahan Jumaat lepas di Metro Prima, Kepong, kira-kira pukul 3 petang dan pemeriksaan ke atas suspek menemui dadah jenis ecstasy, syabu dan eramin 5 seberat 23.48 gram.

“Polis kemudiannya telah membuat pemeriksaan ke atas rumah suspek di Vista Magna Metro Prima dan menemui pelbagai jenis dadah iaitu Ecstasy, Syabu, Erimin 5, Ketamin dan ganja seberat 1.15kg yang disimpan di dalam sebuah kotak.

“Kita juga menemui alat penimbang digital dan paket-paket plastik bersaiz kecil dipercayai untuk digunakan bagi menjual semula dadah-dadah berkenaan… sebuah kenderaan jenis Toyota Wish turut disita,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Munusamy berkata suspek yang menyewa rumah berkenaan tidak mempunyai pekerjaan lain dan menjalankan kegiatan pengedaran dadah secara bersendirian sejak sebulan lalu.

Katanya, ujian air kencing ke atas suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine dan kes disiasat mengikut empat seksyen iatu 39B, 12(2), 6 dan seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=QYg4Z6scwDI

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd