• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Bawa 897 Gram Heroin

oleh Ahmad Albab
18/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis menahan seorang lelaki yang membawa dua paket plastik lut sinar disyaki berisi dadah heroin seberat 897 gram dalam Ops Cegah Jenayah, malam tadi.

Jurucakap polis berkata suspek berusia 21 tahun itu yang berasal dari Tambak Paya di sini ditahan ketika sekatan jalan raya di Lebuhraya Ayer Keroh berhampiran pintu gerbang Ayer Keroh di sini.

“Hasil pemeriksaan di bahagian tempat simpanan barang belakang kereta suspek, polis menemui sebuah beg hitam berisi dua paket plastik lut sinar tersebut.

“Lelaki yang kita tahan itu dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah di beberapa kawasan Melaka Tengah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Razali Bakar mengesahkan penahanan berkenaan. – BERNAMA

Tags: polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd