• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 5 Lelaki Kes Pecah, Larikan Mesin ATM

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan lima lelaki yang disyaki memecah dan melarikan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Bukit Kemuning di sini pada 27 Dis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata suspek yang berusia antara 29 dan 39 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Bandar Kinrara (Puchong), Subang Permai dan Bukit Jelutong.

“Mereka ini ditahan pada 29 dan 30 Dis lepas. Melalui siasatan, kita tidak menolak kumpulan ini turut terlibat dalam cubaan melarikan mesin ATM di Seksyen U16 dan U8 di Bukit Jelutong di sini pada 19 Okt dan 15 Dis lepas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil serbuan itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM27,560, sebuah Toyota Hilux, sebuah Perodua Kancil, pelbagai jenis telefon bimbit dan beberapa peralatan besi yang digunakan dalam kegiatan jenayah terbabit.

Siasatan awal mendapati tiga daripada mereka turut memiliki rekod jenayah melibatkan kes samun dan curi kenderaan.

“Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya.

Sementara itu dalam kes lain, polis Selangor sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun di Bukit Lanchong, Putra Heights pada 23 Dis lepas.

Mohd Adnan berkata suspek dikenal pasti sebagai Muhamad Fuad Mat Isa berusia 25 tahun yang berasal dari Taman Dagang, Ampang.

“Suspek dipercayai terlibat dalam melakukan kegiatan samun berkumpulan ke atas seorang ahli perniagaan dan mangsa mendakwa kehilangan wang tunai berjumlah RM1.65 juta beserta 40 kepingan emas yang setiap satunya seberat 100 gram.

“Susulan kejadian itu, polis telah berjaya memberkas tujuh suspek termasuk seorang lelaki Indonesia berusia antara 20 dan 50 tahun pada 27 Dis lepas,” katanya.

Mohd Adnan berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Muhamad Fuad diminta menghubungi Pegawai Risikan Operasi Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, ASP Rodney Pasla Haris ditalian 0168977664 atau mana-mana balai polis berdekatan. – BERNAMA

Tags: Jenayahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd