• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Putrajaya Perluas Program Cegah Pelajar Terlibat Jenayah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis Putrajaya memperkenalkan program ‘Jom Ke Sekolah Bersama Polis’ untuk mencegah pelajar daripada terlibat dengan kegiatan jenayah termasuk buli di sekolah sekitar Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata walaupun secara keseluruhannya kes buli melibatkan pelajar sekolah sekitar Putrajaya terkawal namun mereka perlu diberi peringatan supaya tidak berleluasa.

Pada program yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) di sini hari ini, Abdul Razak memberi taklimat berkaitan jenayah kepada kira-kira 1,400 pelajar, guru dan ibu bapa pada perhimpunan di sekolah itu selain mengedar risalah berkaitan jenayah kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah.

“Kita adakan program ini untuk memberi kesedaran kepada murid kerana sebelum merebak kita perlu cegah,” katanya, sambil menambah program ‘Jom Ke Sekolah Bersama Polis’ itu diadakan lebih khusus berbanding lawatan pegawai polis ke sekolah yang sering dilakukan.

Program itu akan diadakan secara berkala di sekolah-sekolah sekitar Putrajaya, katanya. – BERNAMA

Tags: Jenayahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd