• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syabas!! Polis Kedah Rampas Dadah Bernilai RM110,000

oleh Ahmad Albab
26/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis Kedah merampas pelbagai dadah bernilai RM110,000 berikutan penahanan tujuh suspek termasuk seorang wanita dalam tiga serbuan berasingan di Kuala Kedah dan Langkawi, sejak Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah Supt Abdul Razak Mohd Zin berkata sebanyak 2.47 kilogram heroin dan 657 gram syabu dirampas dalam serbuan tersebut.

Beliau berkata tangkapan pertama dibuat pada 21 Jan lepas apabila anggota JSJN negeri menangkap dua lelaki di Kuala Kedah pada 11 pagi dan menemui dadah bernilai RM79,000, katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Hasil pemeriksaan, polis menemui lima paket syabu seberat 407 gram dan lima paket herion seberat 2.3 kilogram yang disorok dalam kereta milik lelaki berkenaan, katanya.

“Kita percaya dadah ini untuk pasaran Alor Setar dan Sungai Petani dan kita masih menyiasat dari mana mereka mendapatkan bekalan dadah itu,” katanya.

Kedua-dua lelaki berusia 35 dan 45 tahun itu dari Tasik Gelugor dan Butterworth kini ditahan reman tujuh hari sehingga 29 Jan bagi membantu siasatan, katanya.

Dalam serbuan pada 22 Jan lepas katanya, anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi menahan seoarang lelaki berusia 32 tahun di Kompleks Jeti Feri di Kuah, yang cuba menyeludup masuk dadah Syabu ke pulau itu.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap beg sandang lelaki yang berasal dari Kubang Pasu itu, polis menemui bungkusan dadah syabu seberat 250gram bernilai RM27,500.

Katanya, dalam operasi susulan polis telah menyerbu sebuah rumah di Kedawang, Langkawi pada 1.30 tengah hari pada hari sama dan berjaya menahan seorang wanita berusia 33 tahun dan dua lelaki berusia 20 tahun.

Polis merampas 72.6 gram heroin dan 0.5 gram syabu dalam operasi itu, katanya menambah, seorang lagi lelaki ditahan di Taman Nilai, pulau itu pada 23 Jan dan merampas 100 gram heroin. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd