• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Jejak Tiga Lelaki Myanmar, Kes Jumpa Mayat

oleh Ahmad Albab
21/01/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis sedang mengesan tiga lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki warga negara yang sama dipercayai dibunuh di kawasan sebuah kilang berhampiran Kampung Wong Sin Chow, Sikamat dekat sini Isnin lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata polis mendapati, ketiga-tiga lelaki terbabit bekerja bersama mangsa di sebuah kilang yang sama di sana dan ketiga-tiganya menghilangkan diri setelah pengurus kilang menemui mayat mangsa yang telah busuk di kawasan belakang kilang.

“Kita percaya ketiga-tiga lelaki itu berkemungkinan melarikan diri ke Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di sini, pada Rabu.

Beliau berkata polis masih sukar mengenal pasti identiti mangsa kerana keadaan mayatnya yang telah reput sehingga bahagian tangan dan kakinya hanya tinggal tulang namun siasatan awal mendapati terdapat kesan tetakan di bahagian belakang kepala mangsa.

Keempat-empat lelaki Myanmar itu termasuk mangsa dikenal pasti sebagai Aung Kyaw, 33; Zaw Myo Tun, 23; Tual Lian Muang, 31 dan Sing Khup, 28 tetapi setakat ini pihaknya tidak pasti siapakah mangsa jenayah itu kerana keadaan mayat yang telah reput dan menyukarkan proses pengecaman, katanya.

Beliau berharap ketiga-tiga lelaki warga Myanmar itu dapat ditahan segera supaya mereka boleh disoal siasat untuk memastikan apa sebenarnya berlaku di sebalik kes pembunuhan itu.

Mereka yang mengenali ketiga-tiga lelaki warga Myanmar itu diminta tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai ditalian 06-7583222 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA

Tags: Mayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd