• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat QZ8501 Naik Ke Paras Tinggi Secara Tiba-tiba

oleh
20/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pesawat AirAsia QZ8501, yang terhempas di perairan Laut Jawa pada bulan lalu, didapati menaikkan paras ketinggian penerbangannya pada kelajuan lebih tinggi daripada biasa, dan kemudian terhenti secara tiba-tiba.

Menteri Pengangkutan Indonesia, Ignasius Jonan, mendedahkan demikian kepada para wartawan pada Selasa berdasarkan kepada maklumat radar yang menunjukkan terdapat beberapa lagi pesawat di kawasan tersebut pada ketika itu.

Sebelum QZ8501 hilang daripada pengesanan radar, juruterbang sempat meminta kebenaran agar paras ketinggian penerbangan dinaikkan untuk mengelak cuaca ribut, namun permintaannya itu tidak dibenarkan kerana lalu lintas udara yang sibuk ketika itu.

“Pada saat-saat akhir, pesawat itu menaikkan paras ketinggian penerbangannya pada kelajuan lebih tinggi daripada biasa malah ia tiba-tiba naik pada kelajuan lebih tinggi daripada had biasa, di luar kemampuannya dan kemudian ia terhenti,” kata Jonan.

Sebelum ini, di sesi parlimen, beliau berkata maklumat radar menunjukkan pesawat itu, pada suatu masa, kelihatan menaikkan paras ketinggian penerbangan pada kadar 6,000 kaki (1,800 meter) dalam seminit sebelum terhempas.

 “Saya rasa ia sesuatu yang jarang berlaku bagi jet pejuang menaikkan paras ketinggian kepada 6,000 kaki dalam seminit. Bagi sebuah pesawat komersil, menaikkan paras ketinggian kepada 1,000 atau 2,000 kaki dalam seminit sudah pun dianggap luar biasa, kerana ia tidak sepatutnya naik dengan begitu laju,” jelas Jonan.

Pasukan penyiasat Indonesia sebelum ini berkata mereka sedang menimbangkan sama ada kesilapan manusia atau masalah pada pesawat menyebabkan nahas udara itu. Mereka sudah pun menolak teori kemungkinan aktiviti pengganas sebagai punca nahas.

QZ8501 terhempas pada 28 Disember tahun lalu dengan membawa 162 penumpang dan kru, semasa dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura sebelum ditemui tiga hari kemudian di Selat Karimata dekat wilayah Kalimantan Tengah. – Agensi

Tags: AirAsiaIndonesiaQZ8501radar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd