• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perunding Didakwa Cabut Gigi Pembantu Rumah Guna Playar

oleh Ahmad Albab
03/01/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang perunding di sebuah kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan parah dan cubaan membunuh pembantu rumahnya.

Ong Su Ping Serene, 47, didakwa menyebabkan kecederaan parah dengan mencabut empat batang gigi pembantu rumah warga Indonesia Meriance Kabu, 32, menggunakan playar di sebuah rumah di Persiaran Pandan 7, Pandan Jaya, antara 11 April dan 20 Dis 2014.

Jika disabitkan kesalahan itu, dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Wanita itu turut mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan cuba membunuh Meriance di tempat sama pada 12 tengah hari, 20 Dis lepas, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan serta dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam William Edwin yang mewakili Ong memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya perlu menjaga neneknya yang uzur.

Hakim Unaizah Mohd membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu pasport diserah kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap akhir bulan.

Mahkamah menetapkan 5 Feb ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang pembantu rumah berjaya diselamatkan oleh jiran susulan penemuan nota yang ditulisnya berbunyi ‘tolong bos dera saya’ di bawah pintu rumah majikannya. – BERNAMA

Tags: kes mahkamah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Pusat Kecil Pengumpulan Bekalan Banjir Diwujudkan

Next Post

Tak Dapat Balik Waktu Banjir Sebab Tak Ada Tiket – Anwar

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

Next Post

Tak Dapat Balik Waktu Banjir Sebab Tak Ada Tiket - Anwar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd