• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Pusat Kecil Pengumpulan Bekalan Banjir Diwujudkan

oleh Ahmad Albab
02/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sebanyak empat pusat kecil pengumpulan bekalan yang mula beroperasi hari ini diwujudkan Kedah, Melaka dan Perak bagi memudahkan pengagihan bekalan bantuan ke negeri-negeri terlibat dengan bencana banjir.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pusat itu bertempat di Batalion Ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja (6RAMD) Kem Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Jitra, Kedah; Dewan Serbaguna Markas 3 Divisyen, Kem Terendak, Melaka; Dewan 2 Briged Markas Staf Stesen Ipoh, Perak dan Dewan Piyuntinan Batalion Ke-2 Rejimen Renjer Diraja, Kem Syed Putra di Ipoh.

“Pusat berkenaan akan beroperasi 24 jam dan diwujudkan bagi menerima bantuan daripada pusat pengumpulan utama serta sumbangan daripada kawasan setempat.

“Pusat ini diuruskan oleh Markas, Briged dan Unit Tentera di negeri atau kawasan tertentu,” katanya kepada pemberita di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebelum berlepas untuk lawatan sehari bagi meninjau keadaan banjir di Dungun, Terengganu. Turut serta Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Hishammuddin berkata sehingga semalam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membuat 278 penerbangan menerusi Ops Murni bagi membantu mangsa banjir di beberapa negeri terjejas bencana alam itu.

Katanya sehingga kini lebih 5,000 anggota ATM telah ditugaskan dalam Ops Murni.

Beliau berkata sebanyak 2,165 tan barangan daripada 2,385 tan barangan sumbangan orang ramai di Pusat Pengumpulan Bekalan Banjir di TUDM Subang telah berjaya diagihkan ke kawasan-kawasan banjir.

“Ini bermakna lebih daripada 90 peratus telahpun kita agihkan kepada mangsa banjir,” katanya.

Hishammuddin juga berkata ATM dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan bekerjasama untuk membaik pulih jalan terputus serta jambatan yang runtuh akibat banjir.

Katanya setakat ini kedua-dua pihak telah mengenal pasti sebuah jalan dan dua
buah jambatan bagi melaksanakan kerjasama tersebut.
“Jalan dan jambatan tersebut ialah jalan antara Kampung Jongok Batu ke Kampung Pasir Raja di Dungun, Terengganu, Jambatan Sungai Stelu, di Gua Musang, Kelantan dan Jambatan Sungai Tanum di Lipis, Pahang,” katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata setakat ini kebanyakan jalan persekutuan di negeri yang terjejas teruk akibat banjir sudah boleh dilalui sekurang-kurangnya satu lorong oleh semua kenderaan.

“Kecuali jalan yang menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur iaitu jalan Gerik ke Jeli yang masih belum dibuka demi keselamatan orang ramai.

“Setakat ini jalan ini kita hanya benarkan untuk misi bantuan untuk kenderaan ringan lalui,” katanya.

Beliau berkata JKR dan ATM akan bergerak giat ke kawasan terjejas banjir bagi mencari jalan penyelesaian dalam tempoh singkat sebagai usaha membantu memudahkan pergerakan orang ramai menjalankan aktviti harian di kawasan terjejas teruk akibat bencana itu.

Katanya JKR sentiasa bersedia membantu ATM menghantar bekalan bantuan banjir ke kawasan dilanda banjir melalui jalan darat.

“Semalam kita menghantar 10 lori dan hari ini lapan lori lagi, dan di setiap negeri dan daerah, JKR sedia membantu dalam kerja pembersihan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd