Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pindaan Akta 164 Progresif,...

KUALA LUMPUR - Pindaan ke atas Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976...

Real Madrid Mahu Jurgen...

REAL Madrid menjadikan Pengurus Liverpool Jurgen Klopp sebagai calon pilihan utama untuk menggantikan...

Pemuda PAN Kecewa DAP...

KUALA LUMPUR - Tindakan DAP membantah langkah kerajaan menyekat peserta luncur angin dari...

Mahathir Pulangkan Dua Pingat...

KUALA LUMPUR- Dengan biadap dan sombongnya, bekas negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad memulangkan...

Perbelanjaan Mengurus Negara Dikurangkan RM5.5 Bilion – PM

KERAJAAN membuat keputusan mengurangkan peruntukan bagi perbelanjaan mengurus sebanyak RM5.5 bilion dan mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagaimanapun projek yang bersifat ekonomi rakyat akan tetap diteruskan.

“Perbelanjaan Pembangunan atau Development Expenditure yang diperuntukkan sebanyak RM48.5 bilion tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.

BACA JUGA – Bajet 2015 Mungkin Distruktur Semula – Najib

“Ini termasuklah, projek-projek bersifat people economy, yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan infrastruktur pengangkutan awam seperti Lebuhraya Pan Borneo,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Najib menyampaikan perutusan khas mengenai ekonomi semasa dan kedudukan ekonomi negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pada Selasa.

Menurut beliau, projek seperti pembinaan MRT jajaran kedua, LRT3 serta keretapi berkelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Singapura akan tetap diteruskan.

Najib berkata, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2015 akan ditangguhkan dengan penjimatan RM400 juta.

Ia bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.

Beliau berkata, peruntukan perbelanjaan ke atas bekalan, perkhidmatan, penganjuran majlis, perkhidmatan profesionl akan dioptimumkan bagi menjimatkan RM1.6 bilion.

Selain itu, proses pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta Tabung Amanah Kerajaan terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan konsisten dan rizab yang tinggi akan turut dikaji semula.

Langkah berkenaan dijangka akan memberi penjimatan sebanyak RM3.2 bilion.


Penjadualan semula akan turut dilakukan kepada pembelian aset tidak kritikal seperti peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang boleh menjimatkan kira-kira RM30 juta, katanya.

Beliau hari ini memberikan perutusan khas mengenai pengubahsuaian dan intervensi yang perlu dilakikan bagi menghadapi landskap ekonomi dunia yang sudah berubah.

Najib berkata, kejatuhan harga minyak mentah dunia sebanyak 60 peratus membawa implikasi kepada ekonomi dunia dan Malaysia tidak terkecuali.

Menurutnya, ekonomi Malaysia pada ketika ini tidak dalam keadaan gawat mahupun krisis seperti yang berlaku pada tahun 1997, 1998 dan 2009.

Perkara itu diulang sebanyak dua kali dalam tempoh 45 minit beliau menyampaikan perutusan khas itu iaitu pada awal ucapan dan kali kedua sebelum penutup.

“Kita bukan dalam krisis seperti 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti 2009 lalu sehingga pakej stimulus terpaksa dilakukan.

“Strategi adalah langkah proakftif untuk penyesuaian berikutan faktor luaran yang luar kawalan, ini realiti check cekoran perubahan harga mnyak dunia,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah menteri-menteri kanan, pegawai tinggi kerajaan, pemain industri dan para diplomat asing. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori