• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Kecil Perlu Usaha Daftar GST, Elak Beri Alasan

oleh Ahmad Albab
27/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan yang mendakwa kononnya peniaga kecil mengalami kesukaran melakukan pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan alasan kurang mahir menggunakan komputer dan tempoh pendaftaran yang singkat, dilihat sebagai tidak munasabah.

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia mahu peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menggunakan segala sumber yang ada dan bukannya memberikan pelbagai alasan bagi mengelak daripada mendaftar GST.

Alasan sedemikian tidak wajar diberikan lagi selepas proses pendaftaran itu boleh dibuat melalui dalam talian di laman khas gst.customs.gov.my atau menghantarnya sendiri di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), selain tempoh pendaftaran wajib telah diberikan sehingga 31 Dis lepas.

Presiden Ikhlas, Mohamad Ridzuan Abdullah berkata peniaga PKS yang perlu mendaftar GST merupakan mereka yang mempunyai perniagaan dengan pulangan jualan tahunan lebih daripada RM500,000 dan dengan jumlah perolehan sebanyak itu boleh dikatakan sebagai sebuah perniagaan yang berjaya.

“Syarikat yang mempunyai perolehan melebihi RM500,000 mustahil tidak mempunyai kakitangan yang mahir dalam teknologi terkini. Kalau mereka boleh menguruskan akaun dan perbelanjaan mereka sebelum ini, tak kan beri alasan tidak mahir guna perisian komputer untuk GST,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan akhbar berbahasa Inggeris semalam, berhubung aduan peniaga PKS mengenai kesukaran menggunakan komputer dalam mendaftar GST.

Mengulas lanjut perkara itu, Mohamad Ridzuan berkata JKDM juga telah menggerakkan pegawai mereka di seluruh negara bagi memberi penerangan dan membantu peniaga mendaftar.

Justeru alasan beberapa peniaga tidak celik komputer dan berdepan kesukaran membuat pendaftaran CBP sesuatu yang tidak boleh diterima terutama di era pembangunan teknologi hari ini.

“Kami faham sesetengah peniaga tidak tahu kendali komputer tetapi mereka juga perlu akur dengan perubahan semasa. Cuba ikhtiar dengan minta bantuan kastam kerana mereka sendiri sudah kerahkan pegawai untuk bantu peniaga yang tidak faham mengenai GST,” katanya.

Mohamad Ridzuan juga berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana peniaga PKS berhubung kesukaran mendaftar atas talian.

Berkongsi pandangan yang sama, Presiden Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Moehamad Izat Emir berkata tempoh pendaftaran yang telah diberikan sehingga 31 Dis lepas sudah cukup memadai.

Jelasnya dengan pelbagai hebahan di media serta inisiatif JKDM melaksanakan program kesedaran dan pengenalan mengenai perlaksanaan GST di seluruh negara, seharusnya peniaga sudah mula memahaminya.

“Setiap hari kita lihat dan dengar iklan pendaftaran GST di media. Kastam juga sebelum ini telah menjelajah seluruh negara, mengadakan sesi penerangan bagi peniaga-peniaga ini. Mungkin takut kena denda mereka beri alasan ini,” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini berkata kira-kira 50,000 syarikat belum berdaftar dengan GST berdasarkan maklumat pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pendaftaran cukai GST bermula sejak Jun 2014 telah tamat pada akhir tahun lepas dan pelaksanaanya akan bermula 1 April ini.

GST akan dilaksanakan pada kadar tetap enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang ada sekarang. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=AZLxdkrEEwM

Tags: GSTpeniaga
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd