• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Penemuan Bom Di Sungai Bakap, 4 Ditahan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ekoran penemuan empat butir bom buatan sendiri di perkarangan sebuah rumah di Jalan Badak Mati, Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan Sabtu lepas, empat lelaki ditahan Selasa lalu.

Mereka yang berumur antara 24 hingga 43 tahun ditahan di sebuah rumah kedai di Jalan Seri Aman, juga di Sungai Bakap.

“Berdasarkan rakaman CCTV yang terdapat di sebuah kedai berhampiran tempat kejadian, kesan cap jari di bungkusan berisi bom itu dan keterangan beberapa pihak, polis berjaya mengesan empat lelaki terbabit di rumah kedai itu,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mazlan Kesah.

Polis turut menemui barangan yang dipercayai diguna untuk menghasilkan bom dan pelbagai jenis dadah serta tidak menolak kemungkinan, mereka juga merupakan anggota sindiket pengedaran dadah.

Seorang penduduk menemui sebuah beg kertas mengandungi empat butir bom di perkarangan sebuah rumah berhampiran setor simpanan barang.

Tiga daripadanya telah diletupkan Unit Pemusnah Bom manakala sebutir lagi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk siasatan.

Mazlan berkata polis percaya dengan penahanan empat lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau itu, polis dapat menyelesaikan kes tersebut.

Mengenai kes pembunuhan seorang remaja di premis mencuci kenderaan di Lebuh Carnavon di sini Rabu lalu, beliau berkata dua anak beranak yang berusia 49 dan 19 tahun yang juga disyaki sebagai suspek utama kes telah ditahan.

“Polis menahan bapanya semalam manakala anaknya ditahan di Jalan Datuk Keramat di sini kira-kira pukul 12.45 tengah malam tadi.

“Berdasarkan siasatan, tiga daripada lapan yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu adalah pekerja di premis tersebut manakala lima lagi merupakan rakan mereka,” katanya.

Mazlan berkata remaja itu dituduh mencuri mesin janakuasa berharga RM12,000 di premis tersebut.

“Dengan penahanan lapan lelaki termasuk tiga suspek utama kes berkenaan, kami percaya kes itu dapat diselesaikan dan polis juga menemui semula mesin janakuasa itu,” katanya.

Mangsa yang dikenali sebagai Muneeswaran, 16, pekerja di premis tidak berlesen itu ditemui mati dengan kesan lebam dan berbirat di seluruh badannya. – BERNAMA

Tags: Bompolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd