• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Ulama Ingatkan Ahli Parlimen PAS Patuhi Abdul Hadi

oleh Ahmad Albab
28/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) mengingatkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS supaya tidak bercanggah pendirian dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sesuatu isu.

Ketua Penerangannya, Dr. Mohd Khairuddin Aman berkata, percanggahan itu pada akhirnya boleh merosakkan kepentingan penyertaan dan penglibatan seseorang wakil rakyat PAS dalam arena politik negara.

“Pendirian dan sikap Ahli-ahli Parlimen PAS terhadap sesuatu isu itu mestilah tidak saling bercanggah dengan Presiden PAS. Perbezaan yang boleh dan perlu wujud hanyalah yang bersifat kepelbagaian (diversity) bukannya yang bersifat percanggahan (conflict),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Khairuddin berkata, Ahli Parlimen dan ADUN PAS yang mahu memberi pendapat terhadap sesuatu isu perlu selari dengan dasar dan tujuan serta ketepatan Majlis Syura Ulama PAS yang diberi kuasa memimpin dan menjelaskan dasar Islam yang dipegang oleh parti.

Tegas beliau, dalam Islam, pendirian Abdul Hadi sebagai Presiden PAS dan Ketua Parti wajib ditaati demi kepentingan perjuangan PAS maka Ahli Parlimen dan ADUN PAS perlu berwaspada dalam menjalankan tugas agar tidak tergelincir daripada dasar dan akhlak Islam.

Beliau turut mengingatkan semua Ahli Parlimen dan ADUN PAS bahawa hujah kononnya bijak berpolitik dan hikmah dalam berdakwah tidak wajar menenggelamkan nilai kesyumulan Islam hingga mengundang salah faham serta kekeliruan.

Kata beliau, ketegasan pada prinsip bukan bermakna menafikan toleransi atau tidak meraikan realiti tetapi sebuah sifat mulia yang mesti dimiliki oleh setiap orang Islam yang beriman.

“Menjalankan dan meneruskan kegiatan politik sehingga mengakibatkan maruah agama dan bangsa yang beragama Islam yang menjadi majoriti dan teras negara terkorban tidak akan dapat memberikan sebarang manfaat kepada agama, masyarakat dan negara bahkan boleh pula merosakkan struktur sosial masyarakat Islam,” tegasnya.

PAS di bawah pimpinan Abdul Hadi sejak kebelakangan ini dilihat kurang mesra terhadap parti sekutunya dalam PR apabila sering mengemukakan pendirian berbeza ke atas sesuatu isu hingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pimpinan DAP dan PKR.

Terbaru Abdul Hadi menyelar rancangan DAP untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mendakwa boleh menimbulkan semula tragedi 13 Mei. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=eV9CkUeSyyk

Tags: Hadi AwangPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd