• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Minta Hentikan Sumbangan Pakaian

oleh Ahmad Albab
04/01/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta orang ramai menghentikan sementara pemberian sumbangan berbentuk pakaian kepada mangsa banjir di pantai timur.

Ketuanya, Suhaizan Kayat mendakwa, beliau mendapati terdapat lambakan pakaian hasil sumbangan orang ramai yang tidak digunakan oleh mangsa kerana terlalu banyak diterima.

“Sewaktu melawat bilik-bilik operasi banjir saya dapati pakaian terlalu banyak dan masih terperap dalam stor-stor. Seeloknya kita hentikan dahulu pemberian baju-baju ini.

“Saya bimbang kelak selepas ini pakaian ini menjadi timbunan sampah yang terbuang kerana berlebihan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan turut berharap orang ramai menghulurkan sumbangan berupa pakaian dan peralatan sekolah meringankan beban apabila sesi persekolahan bermula.

Beliau turut menggesa supaya sumbangan makanan dan barangan keperluan diteruskan kerana mendapati bekalan makanan semakin berkurangan untuk mangsa banjir di Kelantan.

Tambahnya, DPPM bercadang untuk melancarkan projek Rumah Rakyat bernilai RM37,000 untuk mangsa banjir di Kelantan.

“Rumah bersaiz 34′ x 24′ mempunyai tiga bilik, ruang tamu, dapur, tandas dan beranda. Dana diperolehi daripda sumbangan rakyat Malaysia yang budiman.

“Sebagai permulaan rumah akan dibina di Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan,” katanya. - MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=32mpEy9sJ6c

Tags: BanjirPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd